Followers

Friday, September 2, 2016

#WISHLIST FOR THIS COMING BIRTHDAY MONTH



Tetarik lama dah ngan Jam SUUNTO ni.....


                              ALL NEW SUUNTO SPARTAN ULTRA ALL BLACK TITANIUM





MOHD NASRUL ASYRAF ..Facts 10 Relationship

1st n last i might blog about this..............


               Aku seorang pendiam agak permalu. So aku bukan peramah sbb bukan aku sombong mmg aku punya sifat mmg mcm tu. Aku tak suka pun sifat ni. Aku jenis yang susah nak mulakan perbualan melainkan orang lain yang mulakan dulu. So aku mmg ambik abik masa yang lama nak rapat ngan seseorang tak kira laki atau perempuan. Tapi kalau dah kenal aku rasa semua orang boleh baik ngan aku sbb aku jenis tak kesah. kalau tak puas hati tentang sesuatu aku lebih suka berdiam diri. So aku mmg tak ada kwn yang betul2 rapat2  baik laki atau prempuan. Tapi aku ada ramai kawan yang baik ngan aku. Sepanjang aku hidup aku tak pernah ada masalah ngan sesiapa ..gaduh or atau apa2.


         So about relationship more specific on the opposite gender, yup aku kawan ngan ramai orang tapi kawan biasa-biasa. Aku mula betul-betul rapat ngan perempuan masa belaja di USM. Kitaorang rapat sebagai kawan. Aku selesa ngan dia. tapi lepas habis belaja masing2 bawak haluan masing2 dan aku lost contact ngan dia sbb HP aku hilang msa kerja kat KL. Tapi aku still ade FB dia. A few years later, dia mesej dekat FB tanya klu aku tak nak kwn dia lagi?aku jwb aku still kwn dia tapi tak leh nak kwn mcm dulu ...Sekarang dia pun dah khwin n ade anak yang comel dan nak dapat anak yang ke2..so i am happy for her

      So after abis belaja tahun 2009 aku takde la nak rapat ngan sapa2 pun sbb tengah nak stabilkan diri. So aku pun tak tahu nak rapat ngan sesiapa yang aku rasa aku suka..sampai la tahun lepas 2015 aku ade terjumpa seseorang yang aku rasa nak suka tak sengaja pun nak suka. So berdasarkan pengalaman mmg aku takde keyakinan nak cuba tanya. Tapi aku mintak adik aku tanyakan. So sempat la nak bertanyakan khabar. So sempat la kwan wlupun di whatapps. Sbelum ni jumpa tak pernah berdepan. Sampai dalam bulan 2 tahun ni dia bgtahu adik aku "kalau akak untuk dia(Aku), Allah akan gerakkan hati dia".Sbb tu aku berani melamar dia jadi isteri. 1st time aku melamar ppuan dalam hidup aku. So mmg dia tidak kata ya @ tidak ...few weeks after that dia bgtahu dia dah bgtahu hasrat aku dekat mak dia, i feel sebelah kaki hasrat n niat aku dah dimakbulkan Allah..tapi few weeks aftar that masa aku bgtahu nak datang jumpa family dia untuk kenal, dia bagtahu dia tak nak sbb dia tak dapat keyakinan nak terima aku....


Aku akui aku sedih, tapi aku tak salahkan dia, sbb aku yang datang dalam hidup dia, kalau aku boleh pilih dia, sbb ape yang dia tak boleh pilih hidup dia dan pilih apa yan dia suka...Aku salahkan diri aku yang terlalu mengharap dan terlalu focus terhadap sesuatu pekara.

Aku tau Allah balas semuanya..Allah tahu aku berubah jadi baik sebelum ini sbb perempuan, sbb aku nak doa aku jodoh dengan perempuan tu makbul. Aku balas semua sebab aku berubah bukan ikhlas sbb Allah S.W.T..Allah balas kecewanya semua pengharapan kepada manusia. Aku masih struggle nak balik ke landasan yang sepatutnya sbb lemah iman didada ni.


So sekarang aku cuba tak nak fikir halni. Sbb aku kembali tak tahu ngan sapa aku nak suka . Aku cuba merancang sebelum ini tapi Allah ada perancangan dia sendiri. So  Perancangan Allah S.W.T yang maha hebat.


Someone Send This To Me....








Friday, July 1, 2016

#akudahsusahkanseorangsahabatkeranaaku

Aku tahu aku dah susahkan seorang sahabat sbb aku. tapi harap dia dapat baca fikiran aku betapa ikhlas aku nak kawan ngan dia. bertapa aku sangat nak menjaga persahabatan yang cuba aku bina. tapi aku tak sempat nak tunjuk kesungguhan untuk menjadi sahabat baiknya sbb ruang itu tak sempat untuk aku penuhi.


27 RAMADHAN 1437, 12.00AM





Thursday, June 16, 2016

#IBU AYAH



              Ibu Ayah aku diorang Orang Perak So sekarang aku duk Perak wlaupun dulu aku lahir kat Pahang sbb dulu masa mula posting Cikgu diorang kene dekat Jerantut Pahang so aku n adik aku No 2 lahir kat Jerantut. KOI orang pahang.Tapi aku membesar sepenuhnya di Perak n aku suka Perak..adik aku 3-5 lahir di Perak (Sitiwan, Manjung)....Tahun ni umur mak ayah aku dah 54 Tahun diorang lahir tahun 1962 n diaorang dulu sama2 sekolah rendah dekat Lumut.

           Ayah aku dulu masa aku kecik klu drive kereta sorang je2 ...tapi sekarang dah tak kuat nak drive jauh2 sbb mengantuk, so bila diorang jalan jauh aku selalu risau je. Kalau ade masa klu diaorang travel jauh mostly dulu gi KL, Klang, Gemenceh, Melaka aku aku turun tolong drive sbb dulu adik aku belaja sana. Sama ade aku turn KL or dari Rumah Perak. Klu aku kat rumah pun pergi mana 2 aku suka drive so aku rase selamat n  tak susah ayah aku. Tapi yang ok sekarang semua adik beradik aku boleh drive so kdang2 adik2 boleh bantu drive. Setakat ni aku rase kuat nak drive up 7jam -10 jam straight cuma sebelum kene tido sejam dua ambik tenaga klu tak tido pun aku boleh drive. That aku boleh bantu sekarang.

       Mak aku lak skrg dia ni sakit kaki...tak tahu sakit sbb aper kaki bengkak tak leh berdiri lama, sakit lain mcm darah tinggi tapi terkawal la dan how macam mana aku nak kurangkan dia ambik gula sbb dia kuat minum makan manis. So dia nak pencen awal sekolah tak tahu la bila dpt. Tapi takpe sbb adik aku semua dah abis sekolah cuma tinggal yang last je baru nak masuk U. Ngan mak aku mmg aku akan jadi Driver dia la bila kat Umah...No way klu aku ade kat umah dia yang drive kereta n no way klu aku ade rumah dia kluar sorang gi pasar ke beli barang ke hantar adik aku ke...


         Just bukan nak tunjuk baik or belagak ke ape..sbb what i can do to help them dari segi tenaga aku akan bantu. Sbb ibu ayah yang orang tak pernah rasa beban kehadiran kita, tak pernah kata tidak, tempat nak luah masalah wlupun kadang 2 aku tahu diorang tak tahu nak bagi nasihat mcm mana. Dalam hati klu anak 2 dia cerita masalah mesti diorang kata boleh especially ibu lakan. Yelah anak seorang masalah ni seorang ni masalah ni.... For my pengalaman takde sapa akan support kita kecuali Ibu ayah wlupun ade orang akan tolong mcm sedara mara adik beradik tapi sikit sebanyak mereka terbeban ngan kita.


So aku harap Ibuayah aku dipanjang umur, diberi kesihatan yang berkekalan sbb diorang tempat aku bergantung sekarang, salah satu ketenangan dunia aku....ape yang aku boleh bantu ,akan aku bantu.Aku rasa untuk family aku semua cukup dah Allah S.W.T bagi rezeki tak lebih tak kurang, Alhamdulilah.Cuma Aku tak pasti pasal benda diorang teringin ke tak sbb mostly kwn mak aku dah ader cucu huhu....sbb aku pun tak tahu perancangan Allah S.W.T mcm mana untuk aku n aku keep berusaha. So aku mintak maaf aku tak leh bagi kegembiraan berkaitan ngan itu kepada makayah aku. Tapi takpe adik aku baru khwin so doakan2 la





Monday, June 13, 2016

#Tahi Lalat Kat Muka Manis huhu

Orang yang ade tahi lalat kat muka ni manis mcm ni....

Han Ga In






Latest ....



Terjebak la pulak ngan cerita ni #cinta11syarat....





Kampung mak gua tu Kuala Kangsar