Followers

Wednesday, December 17, 2008

ambik kat nard..credit to nard

rumahku syurgaku
faktor utama yang mengorak keluarga atau rumah tangga islam ialah suami dan isteri. rumah tangga mesti dibina atas taqwa yang kukuh yakni dengah menjadikan Tuhan sebagai cita-cita dan matlamat utama. itulah bezanya rumah tangga biasa dan rumah tangga luar biasa.Biasanya suami..
kalau baik pon, setakat jaga makan dan minum keluarga sahaja. tanggungjawab terutama dalam soal memberi ilmu dan didikan agama biasanya terabai.Suami luar biasa...
ahli keluarganya sangat dijaga keperluan hidup lebih2 lagi tanggungjwb dalam memberi ilmu dan didikan agama sangat diutamakan.Biasanya suami...
mudah melenting apabila isteri atau anak membuat salah. ataupon ada juga suami yang membiarkan sahaja anggota keluarganya berbuat sesuka hati, tidak kira betul atau salah.Suami luar biasa...
apabila isteri atau anak2 buat salah, diberinya tunjuk ajar untuk membetulkan kesalahan itu. dia tahu mereka buat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, atau kerana dorongan nafsu.Biasanya suami..
menyerahkan bulat2 tugasan mengurus rumah tangga kepada isteri sekalipon dia tahu isterinya penat kerana turut bekerja. baginya, kerja rumah itu kerja perempuan.Suami luar biasa..
sentiasa memberi dorongan terhadap isteri dlm urusan rumah tangga, karier dan anak2 untuk mengejar keredhaan Tuhan. menyelesaikan urusan rumah tangga adalah satu kerja yang sgt besar kepada seorang ibu demi untuk melahirkan pemimpin2 negara yang takut dan cinta Tuhan.Biasanya suami..
suka memandang perempuan lain di tempat kerja atau di luar rumah. sebab itu banyak kes2 suami main kayu tiga. porak-peranda rumah tangga dibuatnya.Suami luar biasa..
berpegang pada larangan Tuhan supaya tidak memandang wanita lain. yakni tidak memandang secara lahiriah atau memberi perhatian dan perasaan terhadap wanita lain. maka hati suami tertumpah pada isterinya sahaja. baru aman rumah tangga.

2 comments: