Followers

Sunday, April 15, 2012

Travel Log 4.0 South Korea 2nd Trip Day 2 (4march-12march 2012)

Day 2(05 March 2012)


Sambung hari ke-2 Kitaorng touched down dlm kul 6pagi terus gerak ke main building Incheon airport, arrival terminal ngan main building berlainan area mcm KLIA, so kena naik transit train mcm kat KLIA sbelum smpi main building just follow the signboard dan sesiapa yg smpi pagi mcm neh singgah mana2 area kosong untuk smbyang subuh sbb urusan imegeresan kat main building sgt lama sbb skrg diorg guna system biometrik ambik cap jari n gmbr ...tahun lepas takde, kitaorg ambik masa dlm 30min untuk beratur semua n selesaikan urusan kastam dan smpi kat tmpt baggage claim tingkat bwh imegresan area dlm kul 7.++am..isi borang declaration yg disediakan n keluar kat arrivall hall...

Laluan ke Imegeresan kounter







So aku ringkasan pjlnan hari ke 2 haritu..

Incheon Airport-Seoul Station-Nandemun Market-Nami Island-Chuncheon Bus Terminal-Sokcho-The House Hostel Sokcho


Lepas kluar dari arrival hall terus singgah kedai 7E kat ctu, aku t-up t-money aku dah beli tahun lepas n kwn aku Syafik Beli t-money since dia takde lagi time tu kitaorg tup dlm 20 000w...t-money neh mcm kad touch n go kat malaysia untuk kegunaan pegangkutan awan kat Seoul mcm bus dan subway..Senang sbb tak yah susah nak beli tic subway dah sbb tic kat sana bila beli dia ader deposit 500w, after selesai guna kene pegi rendeem duit tu mcm ambik masa nak rendeem...so guna t-money jimat masa dan setiap pjlanan ader discount 100w. So harga t-money dalam 2500w secara pengiraan matematiknyer after 25 pjlanan anda akan jimat 100w untuk pjlanan ke 26 dan untk pjlanan dilain masa..boleh beli t-money di kedai2 serbeneka di seoul n sekitarnyer yg ader sign t-money.

Ader bermcam cara nak ke downtown Seoul dari Incheon airport samaada naik bus..teksi atau train.So option kami ambik train iaitu Arex(korean airport railroad) sama mcm ERL kat malaysia..ader dua jenis train satu express n satu commuter masa perjalanan tak jauh beza cuma express neh 10 minit lagi cepat n tak berhenti byk station tapi price dia amat berbeza jauh lebih mahal dari commuter train. So kitaorg terus gerak ke tempt naik Arex kat level B1 Incheon airport, kitaorg guna t-money jer dan destinasi kami Seoul Station.  Pjlan mengambil masa dekat sejam. For Jadual n price arex cek website dia disini.

Interior AREX



Lepas smpai Seoul station...Kitaorg ambik Subway line 4 Ke Nandemun, sajer 2 nak tgk pagi2....Nandemun neh salah satu pasar beli belah mcm lebih kurang petaling streeet la..Boleh jer jln kaki dari Seoul Station ke Nandemun. Lepas pusing 2 nandemun, takde aper pun Nandemun pagi2 neh kitaorg gerak nak pegi Nami Island. Nami island neh popular disebabkan filem winter sonata dan waktu yg paling cantik pegi sini adalah time winter n autumn. So ader byk cara nak gi sana sama ader naik bus atau subway. So kami pilih cara yg murah n Senang naik subway. Dari Nandemun kitaorg ambik Subway ke Gapyeong Station, untuk smpi ke Gapyeong Station kita akan melalui beberaper transfer line sbb subway seoul ader dlm lebih dari 9 line. Pertukaran ke line yg berbeza, kita perlu melalui transfer tanpa beli ticket yg baru.Perjalanan ke Gapyeong Station mgambil masa dekat sejam juga...Smpi ke Gapyeong station untuk Nami island, kita kene ke jetty nami island yg dikenali sbgai Nami Wharf, sbb nami island neh pulau buatan  manusia. So ader option sama ader naik bus biasa, bus tour n taxi. harga berbeza 2 paling murah bus biasa dlm 1000w, Klu Bus tour price dia dalam 5000w, tapi dia kan bwk ke tmpt lain selain Nami island iaitu tempat2 menarik sekitar Nami island n Chuncheon anataranya Petti France..Dari jetty Nami kene beli ticket admission harga dlm 8000w untuk pelancong compare 10000w untuk warganegara korea. Kitaorg simpan beg dlm locker yg disediakan price 1500w, muat untuk dua begpack besar..locker neh terletak kat belakang counter tic tepi tandas. nak smpi nami island kena naik boat selain dari bot boleh gak naik flying fox dari jetty ke pulau cuma price dia sgt mahal sape2 yg berminat boleh la try nama dia zipware check kat cni..kat nami island byk aktiviti yg boleh dilakukan ader sewa basikal n melwat lokasi pegembaraan filem winter sonata n gallery.Signature kat cni adalah pokok pine yg disusun dlm barisan..bagi org islam kat Nami ader makanan halal yg di approve oleh korean muslim federation boleh makan makan ini kat Drama cafe lokasi terletak sebelah gallery foto winter sonata...makanan tu adalah nasi ngan telur mata bersama dengan sayur kimchi yg diletakkan dlm bekas aluminium yg dipanaskan..sebelum makan kena goncang bagi sebati mgunakan sarung tangan yg disediakn sbb bekas tu panas. Kat Nami island juga ader tempat solat yg disediakan, cuma tiada tempt asing bagi laki ngan prempuan, lokasi tempt solat tu di tingkat dua bangunan sebelah kedai cendramata Nami Island, bangunan tu ader air pancut depan dia tingkat pertama ader resturent ..so jgn bagi alasan tak solat gi nami island..kitaorg pusing jap nami island ...makan nasi tu lepas tu gi solat n gerak balik ke Gapyeong station .Untuk maklumat lanjut pasal nami check cini

Gapyeong Station
Jetty nami












Lepas dari Nami..Kitaorg gerak balik ke Gapyeong Station dan naik subway menuju ke Nam Chuncheon Station Untuk ke Chuncheon Bus terminal untuk naik bus ke Sokcho..Dari Nam Chuncheon Station ke bus terminal kene jalan kaki direction kene tgk google map.. mencari gak la hari2 ..bus terminal terletak  sebelah mall...lepas tu beli ticket nak ke Sokcho harga tic 12500w haritu kitaorg smpi terus beli ticket n terus naik sbb bus nak bertolak dah tak smpt ronda 2 area bus terminal tu.naik bus terus pengsan haha, sbb ye  la mlm sblum tu atas flight n terus gi jln 2...yg pasti masa dlm perjalanan tu dlm keadaan mamai perasan salji turun lebat n nak smpi sokcho huujan ..memang dua hari awal tu weather forecast hujan...smpi kat Sokcho diaorg stop kat Sokcho intercity bus terminal n kitaorg dah book the house hostel yg leh jln kaki jer dari situ n murah ....time smpai tu nak dekat maghrib gak la..smpi hostel, owner dia Mr Yoo bg penerangan tmpt 2 sekitar Sokcho terus masuk bilik...boleh tahan la bilik dia untuk dua org 90rgt malaysia ader tv peti ais semua ...lepas tu kitaorg makan bekalan yg bwk dari malaysia nasi impit n lepas tu ingat nak jln kat luar mlm tu tapi masih hujan ...last 2 terus tertido smpi subuh.........

Bandar Chuncheon 

Chuncheon Bus terminal

Bandar Sokcho

On The Way to Sokcho

The House




* Updated lokasi Solat kat Nami Island
Lokasi Solat ader kat tigkat dua bangunan ini




*Untuk penerangan lanjut pasal lokasi solat neh refer kat cini(Kredit kepada Tuan punyer document:Ajlaa, Raihan, Juwahir and Nurhana) Link neh ambik dekat budgettravel2korea

1 comment:

  1. Salaam, pukul brape ya saudara gerak dari Nami tu ke Mt Sorak?

    ReplyDelete