Followers

Wednesday, April 18, 2012

mohd nasrul asyraf ..facts 6 nasrul(1) vs Caffeine (0)

Aku seorang yg senang tido so jadinyer aku merupakan seorg yg senang bangun ...bagi aku alhamdulillah la, aku selalu dgr kwn aku susah nak tido aper la kesian depa...tapi klu aku kat umah mmg suka tido n takkan bangun selagi mak bapak aku tak kejut haha....so wlupun aku minum byk mana kopi @ nescafe ker ?bila aku ngantuk aku tido gak....so caffeine tak pernah meningalkan kesan pada aku...tapi betul ker minum kopi leh tahan mengantuk @ sekadar mindset bila minum kopi tak mengantuk?????????

Tuesday, April 17, 2012

Tempat Yang Aku Teringin Nak Pegi....

Tempat ne aku berangan nak gi


1)Hagia Sophia
Pitcure Credit: Click This
2.Petra

Picture Credit: Click This


*List will be updated Time to Time

Disclaimer: All the picture here not belong to me but belong to right owner in the picture credit:)

Monday, April 16, 2012

Travel Log 4.0 South Korea 2nd Trip Day 3 (4march-12march 2012)

Day 3 (06 March 2012)

Kami berada di Sokcho...Terjaga dari tido dah subuh rupanyer ...angan 2 nak jln malam 2 area Sokcho terkubur mcm tu jer..mlm tu mmg hujan kwn lak tgh tido ..aku pun tgk tv jap last 2 duk ats katil terus terlelap tido pun tak betul kedudukan, terjaga gak la beberapa kali tapi berat mata nak bangun, dah terjaga subuh tu terus bangun bukak tingkap wahh salji mesti tgh mlm tu salji turun tapi tak byk kot....terus sembahyang subuh n mandi siap2 nak sarapan, kat hostel disediakan sarapan.Dlm pukul 7am bwh sarapan...sarapan yg disediakan roti boleh bakar n mcm cornflakes makan ngan susu...sedap giler cornflakes dia raser mcm ader madu manis....tgk kat luar hujan renyai2 tapi still nampk salji atas jln n pokok...selesai sarapn kitaorg gerak ke jlan utama nak ambik bus ke Seorak national park, nak ke Seorak neh kene naik bus no 7 @ 7-1 tambang dia adalah 1100w pjlanan dlm maser 20-30min.Actully sebenarnyer nak buat peranacangan cover nami n seorak park dlm hari ke 2..tapi tak sempat..candangnyer nak gi auraji rail bike pagi tu tapi tak sempat kitaorg abik keputusan hari ke 3 gi Seorak dan cancel gi auraji.So ringkasan hari ke-3

The House Hostel-Seorak national Park-Sokcho Street -Sokcho Intercity Bus terminal-Dongseoul Bus Terminal-Phil Guesthouse

Bandar Sokcho Pagi 6 march 2012

Seorak Park









video
*Video footage bus stop berhampiran hostel;)

video
*Video footage dari Sokcho rindu salji turun haritu;)


On the way dari bus stop ke Seorak National park hujan renyai 2 tapi kawasan Pekan Sokcho penuh salji turun mlm tu...mmg dah raser tak seronok sbb sbelum smpai dah tgk weather forecast 05-06 march tu hujan kat korea n mmg betul hujan pertama setelah 3 bulan winter, nasib kami baik maser gi Nami tak hujan, Separuh perjalanan sebelum smpi Seorak national park hujan tukar jadi Salji  wah best giler first time meraser salji turun lebat.......tahun lepas gi takde salji turun tambah gi time hujung winter neh..sampi kat Seorak salji turun ngan lebat time 2 masih awal lagi so jln nak masuk park tu semua ditutup salji so kitaorg redah jer la lalu.. Entrance masuk cini 2500w...kitaorg gi smpi bangunan tempat naik cable car...Seorak National park neh sbenrnyer ader Gunung Seorak, biasernyer org dtg untuk hiking kat cni ader byk puncak kat cini dan normally ramai org dtg time autumn dan cara yg paling cepat untuk smpai ke slah satu puncak ialah naik cable car bayaran dia 9000w tapi kali ni aku tak naik ...tahun lepas aku naik dgn byran 8000w..dari atas puncak anda kan nmpk permandangan bandar sokcho tapi cable car neh operate ikut keadaan cuaca...klu keadaan berangin dia tak operate... time aku gi haritu nampk macm tak operate...spent time pusing2 dlm National Park 2 dan ambik bus balik ke pekan Sokcho dan kitaorg jln 2 pekan dia dan balik ke hostel untuk check out...Ader byk attraction kat bandar Sokcho tapi kami tak sempat nak gi..dlm kul 2lebih kitaorg gerak gi Sokcho Intercity bus terminal ambik bus ke Dongseol bus terminal untuk balik ke Seoul, harge dia 16100w pjlanan ambik maser 2jam 45min....ader dua bus terminal dekat sokcho satu sokcho intercity bus terminal yg akan ke dongseoul bus terminal kat seoul dan lagi satu sokcho express bus terminal yg akan ke express bus terminal kat seoul ...kedudukan bus terminal neh adalah jauh anatara satu sama lain ...jadi klu nak duk the house hostel kene turun dekat sokcho intercity bus terminal yg within walking distance dari The House hostel...







Phill Guest House

Kitaorg smpi dongseoul bus terminal dlm pukul 6 dan terus ambik Subway kat Gangbyeon Station(depan dongseoul bus terminal) Line 2 (ikut direction) ke Achasan Sation line 5 sbb kitaorg dah tempah duk kat Phill Guesthouse selama 3 hari...Sbb aper duk cni sbb kat cini paling murah duk n kitaorg ambik dorm 8 org untuk lelaki harge dia 9900w jer sehari, sbb baru nak try duk cini so kitaorg tak berani nah tempah the whole trip duk cini...selepas kitaorg duk cini aku raser not bad la duk cini sbb dekat giler nak ke subway station jln kaki tak smpi 100meter ,dlm bilik ader petisejuk..stove.. tv...mesin basuh n tandas ader dlm dorm lengkap n bidet, bwh hostel ader convinence store n leh call free ke no tel rumah malaysia... next time dtg seoul mmg duk cini sbb murah dlm Rm28.++ jer semalam..cuma kekurangannyer agak jauh nak ke bandar tapi takde masalah bukan jln kaki tapi naik subway ler hehe...lepas tu check in byr baki semua ...maser booking byr deposit jer, booking untuk hostel n tempt hostel nak duk mana aku buat kat cini or cini

Lepas check in kitaorg kluar settle pasal kr pass yg kitaorg booking haritu (nanti aku ceritakn pasal kr pass maser next post). Kene rendem kr pass kat Seoul station sbb kitaorg nak gi Busan next day ...so dari hostel ambik subway dari achasan ke seoul station..smpi Seoul station kitaorg tanya kat infromation counter kat mana leh rendeem kr pass? dia ckp kat ctu boleh...so kitaorg try reendem kat ctu ..malangnyer sbb kitaorg tak print conformation slip dia, sbb booking last minute, ingtkan bg booking no jer boleh tapi dia nak gak kitaorg print so mencari gak la kedai printer kat cyber cafe around seoul station ..last2 jumpa kene charge 2500w untuk print mahal giler dekat Rm 7.00 rgt untuk 2 helai...lepas tu gi rendeem pass n kitaorg balik hostel sbb dah lewat dan dinner ngan bekalan yg dibawa...siap sedia nak tido sbb esk nak gerak awal2 sbb nak buat dry trip ke Busan....


Gambar Trip & Sokcho tahun lepas:









Ringkasan keseluruhan:
kenapa gi Sokcho ??sbb kat cini jer aku tahu ader salji  awal bulan 3...mmg kat seoul dah takde salji dah time kitaorg pegi. Pada tahun neh raser worth sbb meraser salji turun..mmg priceless experince untuk org malaysia yg mcm aku neh duk malaysia ader panas hujan jer(tapi aku bersyukur giler duk malaysia)

Next Post Day 4 High Speed Busan Day trip....;)

Sunday, April 15, 2012

Travel Log 4.0 South Korea 2nd Trip Day 2 (4march-12march 2012)

Day 2(05 March 2012)


Sambung hari ke-2 Kitaorng touched down dlm kul 6pagi terus gerak ke main building Incheon airport, arrival terminal ngan main building berlainan area mcm KLIA, so kena naik transit train mcm kat KLIA sbelum smpi main building just follow the signboard dan sesiapa yg smpi pagi mcm neh singgah mana2 area kosong untuk smbyang subuh sbb urusan imegeresan kat main building sgt lama sbb skrg diorg guna system biometrik ambik cap jari n gmbr ...tahun lepas takde, kitaorg ambik masa dlm 30min untuk beratur semua n selesaikan urusan kastam dan smpi kat tmpt baggage claim tingkat bwh imegresan area dlm kul 7.++am..isi borang declaration yg disediakan n keluar kat arrivall hall...

Laluan ke Imegeresan kounter







So aku ringkasan pjlnan hari ke 2 haritu..

Incheon Airport-Seoul Station-Nandemun Market-Nami Island-Chuncheon Bus Terminal-Sokcho-The House Hostel Sokcho


Lepas kluar dari arrival hall terus singgah kedai 7E kat ctu, aku t-up t-money aku dah beli tahun lepas n kwn aku Syafik Beli t-money since dia takde lagi time tu kitaorg tup dlm 20 000w...t-money neh mcm kad touch n go kat malaysia untuk kegunaan pegangkutan awan kat Seoul mcm bus dan subway..Senang sbb tak yah susah nak beli tic subway dah sbb tic kat sana bila beli dia ader deposit 500w, after selesai guna kene pegi rendeem duit tu mcm ambik masa nak rendeem...so guna t-money jimat masa dan setiap pjlanan ader discount 100w. So harga t-money dalam 2500w secara pengiraan matematiknyer after 25 pjlanan anda akan jimat 100w untuk pjlanan ke 26 dan untk pjlanan dilain masa..boleh beli t-money di kedai2 serbeneka di seoul n sekitarnyer yg ader sign t-money.

Ader bermcam cara nak ke downtown Seoul dari Incheon airport samaada naik bus..teksi atau train.So option kami ambik train iaitu Arex(korean airport railroad) sama mcm ERL kat malaysia..ader dua jenis train satu express n satu commuter masa perjalanan tak jauh beza cuma express neh 10 minit lagi cepat n tak berhenti byk station tapi price dia amat berbeza jauh lebih mahal dari commuter train. So kitaorg terus gerak ke tempt naik Arex kat level B1 Incheon airport, kitaorg guna t-money jer dan destinasi kami Seoul Station.  Pjlan mengambil masa dekat sejam. For Jadual n price arex cek website dia disini.

Interior AREX



Lepas smpai Seoul station...Kitaorg ambik Subway line 4 Ke Nandemun, sajer 2 nak tgk pagi2....Nandemun neh salah satu pasar beli belah mcm lebih kurang petaling streeet la..Boleh jer jln kaki dari Seoul Station ke Nandemun. Lepas pusing 2 nandemun, takde aper pun Nandemun pagi2 neh kitaorg gerak nak pegi Nami Island. Nami island neh popular disebabkan filem winter sonata dan waktu yg paling cantik pegi sini adalah time winter n autumn. So ader byk cara nak gi sana sama ader naik bus atau subway. So kami pilih cara yg murah n Senang naik subway. Dari Nandemun kitaorg ambik Subway ke Gapyeong Station, untuk smpi ke Gapyeong Station kita akan melalui beberaper transfer line sbb subway seoul ader dlm lebih dari 9 line. Pertukaran ke line yg berbeza, kita perlu melalui transfer tanpa beli ticket yg baru.Perjalanan ke Gapyeong Station mgambil masa dekat sejam juga...Smpi ke Gapyeong station untuk Nami island, kita kene ke jetty nami island yg dikenali sbgai Nami Wharf, sbb nami island neh pulau buatan  manusia. So ader option sama ader naik bus biasa, bus tour n taxi. harga berbeza 2 paling murah bus biasa dlm 1000w, Klu Bus tour price dia dalam 5000w, tapi dia kan bwk ke tmpt lain selain Nami island iaitu tempat2 menarik sekitar Nami island n Chuncheon anataranya Petti France..Dari jetty Nami kene beli ticket admission harga dlm 8000w untuk pelancong compare 10000w untuk warganegara korea. Kitaorg simpan beg dlm locker yg disediakan price 1500w, muat untuk dua begpack besar..locker neh terletak kat belakang counter tic tepi tandas. nak smpi nami island kena naik boat selain dari bot boleh gak naik flying fox dari jetty ke pulau cuma price dia sgt mahal sape2 yg berminat boleh la try nama dia zipware check kat cni..kat nami island byk aktiviti yg boleh dilakukan ader sewa basikal n melwat lokasi pegembaraan filem winter sonata n gallery.Signature kat cni adalah pokok pine yg disusun dlm barisan..bagi org islam kat Nami ader makanan halal yg di approve oleh korean muslim federation boleh makan makan ini kat Drama cafe lokasi terletak sebelah gallery foto winter sonata...makanan tu adalah nasi ngan telur mata bersama dengan sayur kimchi yg diletakkan dlm bekas aluminium yg dipanaskan..sebelum makan kena goncang bagi sebati mgunakan sarung tangan yg disediakn sbb bekas tu panas. Kat Nami island juga ader tempat solat yg disediakan, cuma tiada tempt asing bagi laki ngan prempuan, lokasi tempt solat tu di tingkat dua bangunan sebelah kedai cendramata Nami Island, bangunan tu ader air pancut depan dia tingkat pertama ader resturent ..so jgn bagi alasan tak solat gi nami island..kitaorg pusing jap nami island ...makan nasi tu lepas tu gi solat n gerak balik ke Gapyeong station .Untuk maklumat lanjut pasal nami check cini

Gapyeong Station
Jetty nami












Lepas dari Nami..Kitaorg gerak balik ke Gapyeong Station dan naik subway menuju ke Nam Chuncheon Station Untuk ke Chuncheon Bus terminal untuk naik bus ke Sokcho..Dari Nam Chuncheon Station ke bus terminal kene jalan kaki direction kene tgk google map.. mencari gak la hari2 ..bus terminal terletak  sebelah mall...lepas tu beli ticket nak ke Sokcho harga tic 12500w haritu kitaorg smpi terus beli ticket n terus naik sbb bus nak bertolak dah tak smpt ronda 2 area bus terminal tu.naik bus terus pengsan haha, sbb ye  la mlm sblum tu atas flight n terus gi jln 2...yg pasti masa dlm perjalanan tu dlm keadaan mamai perasan salji turun lebat n nak smpi sokcho huujan ..memang dua hari awal tu weather forecast hujan...smpi kat Sokcho diaorg stop kat Sokcho intercity bus terminal n kitaorg dah book the house hostel yg leh jln kaki jer dari situ n murah ....time smpai tu nak dekat maghrib gak la..smpi hostel, owner dia Mr Yoo bg penerangan tmpt 2 sekitar Sokcho terus masuk bilik...boleh tahan la bilik dia untuk dua org 90rgt malaysia ader tv peti ais semua ...lepas tu kitaorg makan bekalan yg bwk dari malaysia nasi impit n lepas tu ingat nak jln kat luar mlm tu tapi masih hujan ...last 2 terus tertido smpi subuh.........

Bandar Chuncheon 

Chuncheon Bus terminal

Bandar Sokcho

On The Way to Sokcho

The House




* Updated lokasi Solat kat Nami Island
Lokasi Solat ader kat tigkat dua bangunan ini




*Untuk penerangan lanjut pasal lokasi solat neh refer kat cini(Kredit kepada Tuan punyer document:Ajlaa, Raihan, Juwahir and Nurhana) Link neh ambik dekat budgettravel2korea

Saturday, April 14, 2012

Travel Log 4.0 South Korea 2nd Trip Day 1 (4march-12march 2012)

Haha yup aku ke Korea buat kali ke dua so aku kan detailkan trip neh sbb mmg masih fresh dalam ingatan sbb baru sebulan berlalu haha...Kenapa aku gi lagi korea??aku pun tak tahu haha...acutully trip 1st ke Korea tu pun kebetulan, sbb aku tak sangka aku gi korea untuk first trip bagpack sbb time kebetulan air asia bukak route ke korea so dengan tak sengajanye aku beli tic ...time tu aku baru aku start keje so baru ade duit nak jln 2...Citernyer sblum airasia bukak route lagi kwn aku pernah ajak gi korea, last 2 aku yg gi dulu. so tahun lepas dia tak leh join so tahun neh ajak la dia join so dia on aku pun aper lagi susah nak dpt kwn nak travel sekali aku pun join la..Aku beli tic maser air asia promo bulan may 2011 so tarikh pjalan march 2012 dkat setahun gak la tunggu tic time tu aku dpt Rm 5++ pegi balik aku raser skrg paling murah dlm area tu la Rm 5++ gi balik. Time aku gi 1st dulu aku dpt tic rm 5++ all in makan semua, kali ini all in dlm Rm 6++ inclusive beg 15kg pegi balik n insuren jer...So aku spent maser dlm berminggu 2 gak la siapkan intenery untuk 2nd trip neh most place aku gi yg tak pernah aku gi 1st trip dulu....



04 March 2012

Trip aku mlm tu flight kul 11mlm, aku meet up ngan kwn aku kt lcct...parent aku hantar ke lcct sbb esknyer adik aku daftar masuk kolej teknologi timur belaja bahasa sblum gi india buat dental ...nothing much pun buat kat lcct. check in lepas imegresen semua check beg diorg tegur dlm bag ader air botol ...mmg tak boleh pun bwk tapi ikut org jaga kot. sbb selalu aku bwk lepas jer...buat minum 2 sikit terus chow gi smbyang jap kat surau lepas tu terus masuk boarding hall ...penuh gak flight mlm 2...aku duk asing ngan kwn aku, dpt duk tgh pulak tu aduh susah nak kluar tak buat aper pun lepas diorg setal bagi makanan semua, diorg dim light aku pun baru leh tido...sedar 2 lagi 30 min  before landing...aku lebih suka flight mlm sbb sedar2 dah nak smpi ..klu flight siang susah gile nak tido ...kitaorg touch down 5 march dlm pukul 6 pagi 20 min awal dari scheduled allhamdulilah very smooth takeoff n really smooth landing nanti aku citer 2nd day post seterusnyer.... btway that nite mcm perasan kak zarina yang blogger budget travel to korea tapi mcm takut lak nak tegur takut salah org ..leas tu baca dlm blog dia update betul la naik flight ngan dia mlm tu...klu sempat tgur leh la nak ucapkan terima kasih kat dia pasal banyak maklumat aku guna dlm blog dia maser first trip dulu blog dia leh refer cini


Thursday, April 12, 2012

Destinasi yg terpaksa let go....

Anatara destinasi yg aku let go disbbkan masalah tertentu yg tidak dpt dielakkan...aku akui aku ghairah gak n rambang mata tgk tic murah 2 promo airasia...last 2 aku tak gi, utung kau air asia n pak tony.....

1)Singapore (April 2011) total lost :RM 130
2)Jepun Tokyo(June 2011) total lost: RM 500 ( tic promo maser mula 2 bukak route tokyo)
3)Surabaya (Feb 2012) Total lost: RM 200 untuk 2 org( neh mmg aku tak leh gi ader exam)

so rugi 2 mmg rugi tapi nak buat mcm mana...betul la org ckap org tamak selalu rugi n ukur baju kat badan sendiri...

tapi aku akan gi gak tempt yg aku tak jadi gi nati Singapore tu aku buat bagpack kot naik train jer jimat klu tic murah ku smbr jer la nanti...Surabaya tu mmga kau nak gi tringin nak tgk gunung bromo canti k giler dari jauh....Jepun mmg nak gi tapi terkenang susah nak masuk n visa requirement buat aku mls skit....


Travel Log 3.0 Sabah Family Trip Day 2-4 (24-27Dec 2011)

Neh aku nak update dari hari ke 2 smpi balik....tak byak pun tmpt kitaorg gi ...
25hbln 12
so hari kedua still kat kundasang pagi tu...sejuk giler n bajet giler hotel neh tak yah paki kipas n aircond natural semulajadi..aku ngan ayah mak aku kluar gi cari makanan smpi ke ranau jugak la cari mkanan..actully makanan biasa sbah mcm nasi goreng..makan pagi tak sesedap semenanjung ikut tekak aku la cuma yg uniknyer depa pagi 2 dah ader makn sup bgai mcm mee bihun sup yg istimewanyer kat sana bila makan aper jer diorg bagi sup kosong maser dulu aku gi ngan kwn pun makn mee goreng pun  dia bagi sup kosong....balik beli makan singgah pekan kundasang jap cari kueh jumpa gak la kueh murah lak tu ....kueh cakoi @ pak tongko entah la klu tmpt lain pangil aper aku panggil cakoi @pak tongko kat sana diorg dah siap bubuh sekaya kat dlm..klu aku kat perak diorg cicah kuah kacang ... bila aku duk selangor diorg cicah sekaya jer perbezaan anatara negeri yg aku tgk.....tak tau la klu aku silap....dari pekan kundasang actully leh nmpk gunung kinabalu tapi klu nak tgk lagi dekat leh gi ladang lembu tu sbb mmg dekat kaki gunung jer ladang tu.....sempt snap la gunung tu dari pekan kundasang ..berdiri megah gunung tu ......


Gunung kinabalu dari pekan kundasang



Balik dari pekan kundasang rest kat hotel jap....since hotel tu ader kebun strawberry singgah jap...n since kitaorg sewa situ masuk dia free ...klu org luar kene byr rm1...dlm kebun tu ader kebun bunga n strwberry  tapi yg hampasnyer tak nmpk strawberry pun .......nasib baik free, kat ctu gak ader cafe yg jual mcm produck dari strwberry tapi byk kedai yg dah tutup sbb tak laku kot..ader satu kedai jer yg bukak tu pun hotel tu punyer ader la homemade strawberry ice cream ...kitaorg try la harge dia mahal gak dlm rm 6.++, ok la not bad ....ader bubuh strawberry yg diorg tanam ..alahai kecik giler...lepas tu aku bwk family aku gi ladang lembu tu sbb permandangan ladang lembu tu cantik berlatarbelakngkan gunung kinabalu malngnyer kabus tebal pagi tu tak mcm tu pun..tak nmpk lansung gunung kinabalu......sedih giler...abis ronda situ terus balik kk check in kat A&J hotel sbb duk cni hotel neh murah n betul depan 2 pasar filiphine ptg tu ronda 2 dekat kdeai depan situ ...mlm tu makan ikan bakar semuanyer ..part neh yg aku suker makan ikan bakar kat sabah heavan giler...

26 hbln 12
start ngan ronda 2 dlm UMS tangkap gmbr semua dan kitaorg try la gi One Borneo mall yg dikatakan terbesar kat Sbah tapi takde aper 2 pun melainkan mall semata2...lepas tu gi muzium Sbah dan gi Suria Sabah ...lepas tu hantar kete dah....mlm tu lagi sekali makan ikan bakar perg nikmat...... 

27 Hbln 12
tak gi mana 2 pun just gi shooping kat pasar ikan masin...pasar filiphine n shopping terakhir kat ctu...lepas tu gerak gi airport naik taxi 8 org naik dua teksi gak la rm 30 satu teksi....kitaorg punyer flight kul 3..touch down lcct dlm kul 5 lebih...



































Nota Kaki: Seblum trip neh aku mmg nak bwk familyy gi sabah..tapi lepas trip neh aku raser bosan sbb dah gi sbah kali ke2 ..naper tak pilih sarawak ker hahha benda dah lepas...yg mmebuatkan aku nak gi sabah lepas ni cuma nak makan makanan laut n aku nak panjat gunung kinabalu jer ...