Followers

Saturday, December 12, 2015

2Day2night KlangKualaLumpurPutrajaya...Menate..Sangkaya..A Pie Thing..Soft Serve

Actually asal nak tgk Daie Final live kat Plaza Alam Sentral tapi silap booking tarikh flight ...

(Sabtu)
So dtg ke KL je la mereput huhu...fly dari sebuah negeri ke KLIA sampi ke KLIA pukul 10.30 mlm cadang nak naik bus je ke KL Sentral sbb suruh adik aku belaja UM ambik tapi sbb mcm dah lambat je so pejam mata la naik ERL melayang RM38 ringgit..naik bus baru 10 ringgit...Tapi skrg ERL dah 55 ringgit lagi mahal

Sampi KL sentral dalm kul 11.15 mlm...adik aku pick terus gi umah makcik aku di Meru

(Ahad)
So arini plan lepak2 gi jln 2 makan ...cadang asal aku nak naik basikal ji bukit cerakah shah alam (Taman Botani Negara nama sekerang) tapi klu ngan adik aku susah nak janji sbb dia lmbat bangun lepas subuh tido balik..

So gi KL dulu..berhenti jap kat Abstrax Store beli baju Astrax yang jersey tu RM 100 kat Bangsar


singgah NU Sentral window shooping huhu...So klu sapa biasa ade outlet Sangkaya kat sini, aiskrim yang dibuat dari kelapa..bagi aku sedap la tapi pricey sikit. dia ade dlm cone, bekas dan Signature yang dia guna tempurung kelapa uda dia letak aiskrim dalam (RM10.00) ..




Lepas tu teringin nak gi Menate Stik House yang famous tu...so gi cawangan dia dekat Danau Kota, Sampi sana dalam tengah hari, tapi time tu pilihan daging tak banyak. Daging Stik biasa takde ader daging wahyu so orang maheran mcm aku mana makan daging jenis tu. Cara makan kat sini pilih jenis daging ape yang nak makan kat freezer dia lepas dia akan masak. So aku pilih dua satu lamb hong braised mcm peha kambing dan beef rib. Ambik side dish mushroom soup dan sosej. Aku makan bertiga adik n makcik aku..Review aku biase2 je kat situ marinated dia masin sikit..gravy dia biase2 je...air kat situ free flow...



Serve with Mashed dan Salad




Lepas tu singgah cafe hipster A Pie Thing dekat Damansara cafe ni dia serve sweet dan savoury pie..mcm 2 la kalau pie yang savoury tu dia ade pilihan pie ayam..kambing ..sayur lepas tu kita pilih nak letak mashed photato..mashed greeen bean dan gravy. Klu sweet pie ade tiramasu..apple crumble..dan mcm lagi











Lasly adik aku singgah SoftServe dia jual asikrim...aku tak beli aper pun kat sini cuma adik aku beli aiskrim..presentation dia je la gempak siap berasap2 lagi...aiskrim dia rase soft aiskrim yang biase2 tu




Lepas tu balik meru...




Isnin

So pagi tu hantar adik aku ke UM dia ade klas, aku pinjam kereta dia gi Putrajaya..... lama dah tak jejak kaki kat Putrajaya sejak pindah keje dulu. klu tak aku ulang alik je sbb dulu keje bangi stay Klang. Naik moto ulang alik bangi Klang. Dari IOI mall tu tak wujud lagi smpi skrg tersergam tepi jln tu huhu...(2009-2012)














Actully nak jumpa ader abg ni kerja dekat Cyberjaya Astro tapi takde lak gi PD..So singgah jap Masjid Besi sbb lama tak singgah. jalan sikit tepi tasik tu ade Belon panas yang boleh naik tapi kene bayar nama dia SKYRIDE klu tak silap..lepas tu singgah Masjid Putra.. banyak la tourist kat Masjid Putra dari dulu smpi skrg.. diorag tak exposekan masjid besi sbb masjid besi takde pun lawatan pelawat mcm Masjid Putra ...lepas tu gi IOI mall 1st time gi, best gak sbb besar cuma tak sempat pusing je..jln2 mcm tu je. mmg kne dtg balik IOI mal ni. dalm kul 1.00 gi solat Masjid Besi dan gerak ke UM.
Sampi UM amik adik aku habis kelas gi Boat Noodle Makan, Review aku boat Noodle ni tak sedap pun sbb kuah mee n bihun tu masam. ade satu sayur goreng tu sedap baym ke kangkung tak ingat dah...






Lepas tu adik aku hantar aku ke airport Subang nak balik dah...........

Sunday, November 22, 2015

Sesekali, tanyakanlah pada pasanganmu....
πŸŒΈπŸ€πŸŒΈπŸ€πŸŒΈπŸ€πŸŒΈπŸ€πŸŒΈπŸ€πŸŒΈπŸ€πŸŒΈ
Wahai suamiku,
Mahukah engkau untuk menjadi saksiku di akhirat kelak, di hadapan Allah menyaksikan bahawa...
Bahawa isterimu ini telah BERUSAHA MENCUBA untuk menjadi isteri yang terbaik.
πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ
Engkau pernah melihat airmataku.... Tersedu sedan memohon redhomu..
Engkau pernah mendengar esak tangisku.... Saat berdoa memohon kekuatan dari Allah agar aku dikurnia kemampuan menjadi isterimu yang baik.
Engkau pernah menyambut huluran tanganku yang akhirnya engkau genggam erat...
Saat aku memohon kemaafanmu setelah dirimu ku sakiti...
Engkau tahu wahai suamiku... Pertarunganku dgn bisikan syaitan dan pujukan nafsuku sehingga sesekali engkau melihat kebiadapanku.... Namun kemudian aku dtg kembali ke sisimu.... Mengakui kelemahan diri dan mohon dikasihani.
πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ
Wahai suamiku... Sudikah engkau berdiri menjadi saksi di hadapan Allah bahawa isterimu ini TELAH BERUSAHA MEMPERBAIKI dirinya kerana Allah.
Engkau melihat kekuranganku... Engkau paling arif emosiku...engkau pernah ku sakiti dengan lisanku, perbuatanku dan segala bentuk lagi.... Namun engkau juga saksi bahawa akhirnya aku tersungkur di atas sajadah dengan deraian airmata di hadapan Allah memohon kasih sayang dari Allah.
Wahai suamiku.... Alangkah bahagianya aku di saat nanti engkau yg menjadi saksi atas kesetiaanku ini.... Atas perjuanganku selama ini... Menjadi saksi yang akan menyelamatkan aku dari azab Allah dan mengangkat darjatku di sisi Allah.
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
Suamiku.... Sudikah engkau mengungkap dalam doa yg engkau rafa'kan kepada Allah, bahawa engkau amat redho kepadaku. Aku tidak menginginkan pujianmu di kalangan manusia, namun aku berharap engkau memujiku di hadapan Allah... Sekalipun aku bukan sebaik pujianmu.... Namun engkau memujiku untuk menghilangkan kemarahanmu dan kekesalanmu atas sebahagian sikap dan kelemahanku.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Nukilan: UNHM.

Wednesday, November 18, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Wrapping ...........



So untuk umrah ni satu trip yang bermakna la berbanding trip 2 yang lain...Klu ikut plan aku dah pernah daftar nak gi Umrah 2013 ngan mak ayah n adik aku tapi sbb time tu aku baru tukar keje sekrang ni so aku kenselkan, so masuk tahun 2015 rasa membuak2 nak gi Umrah..cuba nak gi dalam bulan march sbb nak abiskan cuti carry forward tahun 2014 tapi takde kesempatan. So aku dpt sedikit rezeki terus aku tanya mak aku untuk try booking dengan Andalusia sbb ader agent dekat rumah aku. So tak sangka pulak dpt pergi bulan Ramadan and actully nak booking 13hbln tapi penuh dan dpt la gi 15 hbln....asalnya aku nak gi seorang tapi adik aku nak ikut so aku onkan jer sbb aku kene jadi mahram dia la kan..so bila Allah dah jemput mesti dapat gikan..

takde ape kejadian yang pelik2 berlaku kat Madinah dan Mekkah. Aku kat sana buat mana yang aku mampu. Macam dulu mak ayah aku pergi diorag ader buat umrah sendiri. Time aku pergi aku tak mampu nak buat umrah sendiri kali4 sbb bulan puase cabaran kuat jugak bagi aku. Aku doa sebanyak mana yang boleh kat sana. aku cuba pastikan semua benda aku dpt buat so aku ushakan jugak la kucup hajarulaswad. Tapi bukan nak bangga la cuma nak bgtahu ape yang kita niat dan usahakan kita kan dpt.


Balik dari umrah alhamdulilah aku cuba jaga aper perbuatan tingkahlaku jadi lebih baik. Aku cukupkan solat jemaah 5 waktu sbb kat sana dah buat kan tak nak putuskannya cuba sedaya upaya aku jaga ...aku cuba baca Alquran setiap hari paling kurang Surah Al Mulq dan yang lain2 hanya Allah dan aku je tahu nanti riak pulak huhu...tapi yang paling penting aku cuba menjadi lebih dari dari sebelumnya, Alhamdulilah aku mampu sedikit2 so harap istiqamah sampi hujung nyawa..


So untuk adik ape yang aku dengar la:

dia punya supervisor  ade mintak doa untuk dapat anak so yang aku tahu baru2 ni supervisor dia dah mengandung tapi sadly keguguran lak...lepas dia ader doakan jodoh untuk dia so minggu lepas baru dia dirisik khabrnya nak langsung bulan 5.. mungkin berkat dia gi umrah..



So finally semua citer ni bukan nak bangga ape cuma ajak semua klu ade masa dan kesempatan leh kita cuba menunaikan umrah dan ziarah Rasulallah S.A.W terutama masa muda2 ni... mungkin ade seribu satu kerberkatan dan rahmat didalamnya. Mmg aku teringin nak kembali tapi aku sgt2 nak buat Haji ngan Mak Ayah aku dalam masa terdekat,

so klu kita rindukan Mekah & Madinah kita cuba titipkan  kerinduan kita dengan istiqamah amalan kita kat sana disini.


Sedikit Huraian Perbelanjaan

Pakej Umrah (ALL IN) = RM6690 (Bilik Ber4 campur awal Ramadan)
Belanja Pelbagai            = RM1500 (Pelbagai barang)
Total                              =  RM8190

Pulangannya priceless Alhamdulilah


Waallahualam.............(TAMAT TRAVELOG MEKAH MADINAH 11.19PM 11.24 PM)

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 10 (25 June & 26 June 2015) Hari Terakhir

Harini hari terakhir berada dibumi Mekkah


Pagi tu bangun sahur terus ke Masjidilharam Solat subuh selepas solat subuh aku buat tawaf sunat untuk kali terakhir, ingat nak try kucup hajarulaswad lagi tapi mcm susah jer.So lepas tu dalm pukul 7.30 pagi aku balik hotel tido jap. dalam pukul 9.30 bangun balik kemas barang semua sbb pukul 11.00 pagi kena buat tawaf wida tawaf selamat tinggal. asalnya twaf wida pukul 2 diorang cepatkan sbb nak gerak awal ke airport jeddah. Flight mlm tu pukul 2 pagi ke Kl. Sebelum buat tawaf wida tu aku gi botakkan rambut lama dah aku tak botakkan rambut sejak sekolah. Selepas tu gi buat tawaf wida dan terus balik ke hotel..

















dalam pukul 1 lepas solat zuhur bwk turun beg semua dan pukul 2ptg klu tak silap dah naik bas menuju ke Jeddah.perjalanan ke Jeddah Ambik masa Sejam dari Masjidilharam.


Sampi ke Jeddah diorang stop di Masjid Terapung Di Jeddah duduk sana sampi berbuka puasa dan solat , lepas  berbuka gerak terus ke Airport Jeddah.

Lepas tu diorang akan bagi setiap sorang satu bekas air zam2 5 liter last sekali mak ayah aku gi 2013 10 liter seorang. Setiap botol air zam 2 tu dilekatkan stiker nama masaing2 so nanti sampi di KL akan ambik ikut nama masing2 la, klu tertumpah ke ape 2 ke pihak agensi tak ganti melainkan tumpah smapi habis..

Lepas tu dalam pukul 10.00mlm masuk dalam boarding hall. Part ni aku paling menyesal sbb masuk awal 2 sbb fight kul 2pagi nak tunggu dalam tu punya la seksa sbb sejuk dan tempt kecil. So dekat pukul 2 bording naik flight.


Strat masuk flight mmg dah tak larat sampi dia bagi makan untuk bersahur pun tak sedar 2, sedar2 dah lagi 3jam nak smpi aku baru jaga klu ikut masa semasa akan sampi malaysia 26JUNE2015 5petang.

Sampi airport ambik beg semua  dah ambik airzam2, mak ayah aku ambik di KLIA dlam pukul 7ptg singgah UM jap jumpa adik dan terus ke balik Perak sampi ke rumah pukul 2 pagi

aku start keje Isnin tu


Sunday, November 15, 2015

Wishlist yang baru berkenan...

Suunto Essential Copper


tapi price diaa RM2000 +++

Pengsan

Dikoyak Waktu.........

Lagu dalam playlist sejak akhir2 ni...


aku tak pandai bercinta
aku tak indah bicara
hanya manusia yang mengagumimu
walau takkan pernah ku miliki

aku ada di depan mata
aku tetap selalu ada
aku manusia yang mencintakanmu
dalam bisu bersendiri aku

dengan nafas ini
ku aturkan langkah
menuju dirimu

walau ku sedari
rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
selamanya
ku dikoyak waktu

dengan nafas ini
ku aturkan langkah
menuju dirimu

walau ku sedari
rasa ini tak mungkin kan kau mengerti
selamanya ku dikoyak waktu

selamanya..
selamanya ku dikoyak waktu

Saturday, November 14, 2015

Dalam sekeping ijazah ada perit jerih ayah & Ibu

dalam sekeping ijazah ade perit jerih, penat lelah seorang ayah....


This win...sob..sob



*Picture credit to original owner

Thursday, October 29, 2015

Kepada pemilik nama bermaksud cantik@kecantikan;)



Wahai Saudari,

          Walaupun kita berjumpa dalam tempoh yang singkat, diri ini telah jatuh hati kepada keperibadian, perwatakan dan cara saudari. sehinggakan diri ini tidak sanggup melepaskan peluang untuk mengenali saudari dan menjadi kawan baik saudari. Kerana diriini sukar untuk bertemu sesorang yang diriini rasakan ingin menjadi teman istimewa. Sekiranya ada jodoh antara kita. Diri ini memohon Allah S.W.T mempertemukan kita,mempermudahkan jodoh kita dan membuka pintu hati saudari untuk menerima diri ini supaya kita  dapat berkasih sayang kerana Allah S.W.T, melahirkan zuriat untuk agama Allah S.W.T dan menjadi peneman hidup ini. Ini doaku dalam solat ku, hajat ku dan istikarahku sejak 10 ramadan yang terakhir sehingga ke harini.Harap dapat mengenali saudari sebagai teman baik kenal antara satu sama lain dan serahkan soal jodoh kepada kententuan Allah S.W.T. Namun sekiranya diakhir persahabatan kita tiada jodoh antara kita, walaupun diri ini berat untuk melepaskan saudari, namun diri ini kena percaya ketentuan Allah S.W.T ke  atas kita. Ada perancangan yang terbaik bagi kita berdua. Sekiranya juga tiada jodoh untuk kita bersama, sanjung diri ini sebagai seorang sahabatmu yang terutama seperti sahabat2 mu yang saudari sanjungi dan jangan anggap kehadiran diri ini sebagai beban dalam kehidupan saudari. Kalau diberi pilihan dapat mengeluarkan perasaan jatuh hati dalam diri ini kepada saudari, akan ku pilih supaya kita dpt berkawan selama-lamanya.. namun apa kuasa diri ini menolak nikmat Allah S.W.T untuk mencintai dan dicintai.

Dalam raut wajah saudari ada ketenangan dihati ini, dalam gaya penulisan dan cara saudari dapat membimbing hati ini..dalam diri saudari ada rasa tarikan untuk sama2 memperbaiki diri menuju ilahi. Terima Kasih kerana  pertemuan dengan saudari membuat diri ini berusaha menjadi seseorang yang lebih baik sebagai seorang hamba Allah S.W.T.

kau yang ku ingati dari kejauhan cik H