Followers

Sunday, August 16, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 1(15 Jun 2015)

So hari yang dinanti pun tiba untuk menjalankan ibadah umrah....


          Flight aku haritu kul 3.00 ptg waktu malaysia, aku asal nyer nak gi sendiri tapi mak ayah aku nak hantar....risau je mak ayah aku drive kete sbb ayah aku sekrg cepat ngantuk klu bwk kete  jauh2, time dtg kl takpe sbb aku tolong drive tapi nasib baik ader adik aku yg satu lagi boleh tolong drivekan..

        Dtg KLIA dalam pukul 11 pagi Sbb kul 12.00 ader breifing sikit....drop beg semua dia buat group check in so semua agent yg uruskan, bahagia kan klu gi travel guna agent ni hahaha...Dah drop beg dia bagi tag nama dan ader sikit biskut, tapi sampi balik Malaysia aku tak sentuh biskut tu;).Kul 12 dia bagi briefing sikit dah bagi Passport, kene check la takut takde visa lak dlm passport tu, tak pun  tertukar nama org lain kat visa...ni yg biase jadi mcm tu.. Lepas tu dia ader jual penapis habuk hidung yang ni aku tak guna gak siap beli dua lagitu ...nanti sapa nak penapis habuk tu Pm jer, tak bukak pun lagi dalam bekas dia ..elok seal je penapis habuk tu sbb mcm tak selesa je nak pakai...

Lepas breifing tu terus masuk Boarding hall cuma aku pelik naper dia nak check kastam smpai dua kali satu kat main masuk tu satu sebelum boarding hall..aku target naik Boing 747 yang lama aku teringin nak naik tapi rupanya naik Boing 777 300ER jer hhha.. tapi besar gak Enjin 777 ni

Flight ambil masa 8 jam dia transit dekat Riyad sejam Sebelum Smpi Madinah, Dlm flight ok cuma klu aku flight siang ni susah nak tido, makan dia biase je tak sedap mana maybe naik mas lagi sedap makanan dia.. Makanan dua kali dia bagi meal berat satu nasi satu spegati...

Siap hantar mesej kat mak ayah aku tanya dah smpi ke belum umah ..bertapa canggihnya  flight skrg...Selepas 6 jam lebih sampi di Riyad ....Just di Riyad diorg drop org yang nak turun dia sana yang lain stay di dalam flight jer ..ingatkan sejam jer tapi aku raser lama giler..Selepas Sejam Setengah baru fly balik ke Madinah ...otway to Madinah dia serve Roti ngan Jus dan Sejam Kemudian tiba di Madinah


Urusan imegeresen sana ok cuma kene beratur ngan Mahram masing2 la,..lepas pick up beg semua naik bas ader 4 bus semuanya group Andalusia so naik ikut bus masing 2...dia groupkan kat Malaysia lagi ...dia pecahkan dalam group kecil lebih kurang 15-18 satu group rasenyer tak bilang pun group aku ader beraper. Setiap group dibimbing oleh seorang mutawif dari awal smpi balik nanti....

Mutawif group aku asal indonesia nama dia Ustaz Nidol, naik bas terus gerak ke Masjid Nabawi.. Usatz baca doa naik kenderaan dan doa memasuki Madinah..Dalam 20 minit sampi ke hotel Mubarak Silver 150 meter dari Masjid Nabawi. Lepas tu Ustaz suruh makan ...Makan  yang disediakan masakan ala melayu yg orang indonesia catering di sana (Makan ok la hahaha).Lepas tu dia bagi bilik ....aku duk ngan 3 org jemaah lain ..Bilik 109 Selang dua bilik ade bilik adik aku ngan isteri pakcik yang stay nagn aku , Seorang tu Pakcik dia dtg ngan isteri berdua ambik pakej bilik 4 org so kene duduk asing la..sorg ader abg ni dia keje astro dan sorg lagi abg gak kerja satu company ngan aku tak sangka leh jumpa satu company tapi dia keje di HQ KL ..aku kerja kat projek...

Lepas dah Check in bilik n mandi semua, kitaorg decide nak gi sembahyang jamak maghrib ngan isyak kat masjid Nabawi jam pada masa itu kul 12mlm. So mlm tu 1st time aku jejakkan kaki kat Masjid Nabawi sejak 28 tahun aku dilahirkan Alhamdulilah syukur ..aku kagum dengan senibina Masjid Nabawi Sangat Cantik... tapi klu mlm belah laki, pintu yang buka 24 jam pintu Babus Salam yang tempat masuk ke Raudah tu...Agak jauh nak pusing klu pintu utama tak bukak.

Ni info pasal Masjid Nabawi yang aku ceduk dari blog Fatt Bagpackers Busuk (Semoga pahala org baca info ni pergi kat ko fatt)

Sebelum aku teruskan travelog ni aku nak share sikit info yang aku gali dari internet dan daripada apa yang aku dengar berkaitan Masjid Nabawi dan cerita-cerita lain yang aku rasakan sesuai untuk dikongsi.

Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang telah dibina sendiri oleh tangan Rasulullah SAW selepas Masjid Quba'. Namun begitu ia bukanlah seperti yang sedang kita lihat pada hari ini kerana pada suatu masa dulu saiz Masjid Nabawi adalah kecil. Ia juga adalah masjid yang terpenting kerana di sinilah terletaknya makam Rasulullah SAW. Kedudukan makam itu boleh dilihat dari luar bangunan masjid berpandukan kubah yang berwarna hijau. Asalnya kedudukan makam Rasulullah SAW tidak terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi tetapi oleh kerana perluasan masjid dilakukan beberapa kali sehinggalah memasuki makam Rasulullah SAW. Untuk pengetahuan sume, makam Rasulullah SAW terletak di tapak rumah Baginda sendiri dan kedudukan rumah Baginda cuma bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

Jadi berapa dekatkah sebenarnya rumah Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi? Diceritakan bahawa dekatnya hanya apabila Baginda beriktikaf di masjid, Baginda hanya perlu menjulurkan kepalanya ke pintu bilik untuk disisirkan rambutnya oleh Siti Aisyah RA. Maksudnya di sini jauhnya bilik/rumah Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi hanyalah berselahan saja!

Juga, aku mendapat tau dari Ustaz Zul bahawa suatu ketika dahulu luasnya kota Madinah itu adalah sebesar kawasan Masjid Nabawi. Tapi sekarang luasnya kota Madinah itu semakin bertambah sejajar dengan pembangunan di kawasan itu.

Berbalik semula kepada cerita pasal Masjid Nabawi, suatu ketika dulu masjid ni kecik aje dan apa yang kita lihat pada hari ini adalah hasil dari kerja-kerja perluasan yang telah dilakukan oleh kerajaan Saudi Arabia demi menampung jumlah penganut agama Islam yang semakin bertambah. Kelebihan bersolat di dalam masjid ini berbanding masjid lain (kecuali Masjidil Haram) ialah diberi ganjaran pahala sebanyak 1000 kali ganda manakala di Masjidil Haram pula ganjarannya lebih besar iaitu sebanyak 100,000 kali ganda iaitu seumpama bersolat selama 55 tahun 6 bulan dan 20 malam di tempat lain, itupun kalau cukup solat 5 waktu sehari semalam! Tapi janganlah pasni ada yang taknak solat sebab fikir pahala yang ada tu dah cukup untuk cover solat-solat yang berlubang. Yang wajib itu tetap wajib dan jangan sesekali lalai menunaikan solat.

"Perkara pertama yang akan disoal sewaktu di akhirat kelak ialah solat"

Diriwayatkan juga akan kelebihan bersolat sebanyak 40 waktu, iaitu solat fardhu 5 waktu sehari secara berjemaah selama 8 hari di Masjid Nabawi.

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barangsiapa bersolat 40 waktu (yakni solat fardhu) di dalam masjidku tidak terputus solatnya, ditulis baginya (pertama), terpelihara dari api neraka, (kedua) dijauhkan dari azab dan (ketiga) dipelihara dari sifat-sifat nifaq (atau menjadi orang munafiq)" - riwayat hadis Imam Ahmad.

So itulah sedikit sebanyak akan betapa besarnya ganjaran pahala yang Allah SWT berikan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW. Subhanallah. Aku berharap sesiapa saja yang membaca travelog ini akan cuba merebut peluang untuk menziarahi kota suci Makkah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kerana di sinilah tempat yang terbaik, yang tak terbanding dan yang teristimewa sekali di atas muka bumi Allah.


KLIA






selesai sembahyang duk sekejap dan masuk la Raudah kali pertama mlm tu jugak hahah punyer tak sabarkan untungnya lelaki boleh masuk sepanjang masa tapi yg tak untungnya sepanjang masa penuh jer org ..Lepas dapat masuk Raudah dlm kul 2.00 pagi mcm tu kitaorg decide nak baik hotel nak rehat sebelum subuh masuk kul 4.00 pagi...

So berlalu la hari pertama aku:)


Check In


Biskut ni yang aku tak sentuh ni




Briefing Ngan Travel Agent




Biggest Bird of Malaysia Airlines fleet ..mmg teringin nak naik satu hari nanti london mybe
Boarding




Welcoming Drink i think


Inflight Entertaiment no Eng sub...

Onboard meal so..so





Madinah Airport



Bilik Madinah Mubarak Silver Extra Satu katil
Masjid Nabawi 16 Jun 2015 12.00 pagi






Depan tu Orang Tengah bersesak nak masuk Raudah ...Jam masa tu kul 1.30 pagi

Bersesak Masuk Raudah..130 pagi

Sempadan Raudah (Karpet Hijau) 


DLM RAUDAH ..KALI PERTAMA



Pintu Utama Masjid Nabawi 

Masjid Nabawi dari tepi Jalan utama

No comments:

Post a Comment