Followers

Tuesday, August 18, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 2(16 Jun 2015)

Hari kedua bermula seawal pukul 3.30pagi sbb subuh masuk pukul 4.00 pagi ..tapi klu tgk kat tingkap org dah berpusu2 ke masjid..


Suasana sebelum Subuh



Suasana Selepas Subuh 16/06/2015


 Klu awal dpt masuk ke ruang masuk ke ruang solat baris ke pertama -10 klu tak silap tapi klu lambat dia dah sekat dengan kain rentang sbb tak nak bagi sesak sbb kawasan tu terletak bersebelahan dengan Raudah..



Selesai solat subuh kembali ke hotel untuk sarapan pagi, ikutkan klu wakil agent bgtahu masa di Malaysia  mlm 16hbln tu dah start trwikh so esknya puasa .
Contoh Jadual Group aku sepanjang di Madinah



Pukul 7.30 kene berkumpul sbb dia nak bawak ziarah dalam ke Masjid Nabawi untuk ke Raudah dan Makam Nabi Muhammad S.A.W. Dia kumpulkan semua ahli lelaki manakala yang perempuan akan pergi bersama Ustazah untuk ziarah dalam ni dia akan guide untuk ziarah yang pertama selepas tu geng perempuan ni bebas nak gi sendiri.
Ziarah Dalam



Makam Rasullah S.A.W

Pintu kluar selepas Raudah dan Maqam Nabi One way dia buat... Masuk ikut pintu Salam Keluar ikut pintu Baqe 

Sebelum masuk ke dalam Masjid dan Raudah Ustaz ceritakan sikit berkaitan Raudah dan Makam Nabi diluar berkarangan Masjid. Kubah di mana Raudah berada berwarna hijau berbanding dengan kubah 2 yang lain. Kelebihan apabila kita dapat solat di Raudah ialah kita solat di tempat dimana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat sujud ...Allahuakhbar bertapa berutungnyakan...cuma wlupn tempat lelaki boleh dimasuki sepanjang masa tetapi sentiasa penuh mmg susah gak nak solat terutam solat fardu ..aku pun berkesmpatan solat sunat...ustaz pesan pun klu nak doa ..sila doa masa sujud terakhir sbb klu kita doa selepas solat akn dihalau oleh polis yang berada disitu untuk membolehkan org lain memasuki Raudah. Klu aku masuk biasenye aku solat Taubat dulu lepas tu terus solat Hajat dan doa pada sujut terakhir . Sepanjangkita solat akan penuh orang langkah dan lalu depan untuk kluar dan masuk menunjukkan betapa sesaknya Raudah.
Raudah Sumber Google


Tiang di Raudah
Raudah terkenal dengan Karpet Hijau Keputihan berbanding Masjid Nabawi

       
   Raudah merupakan antara tempat paling mustajab doa di Madinah, Raudah merupakan salah satu taman syurga,,bertapa beruntungnya kita yang dapat masuk ke Raudah kerana kita dapat menjejak Taman Syurga di Dunia lagi..

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau bersabda,
مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ   (رواه البخاري، رقم 1196 ومسلم، رقم 1391)
"Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman surga." (HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)
Mcm ni org tunggu nak masuk Raudah



Kubah Raudah


So Bawah ni aku petik sikit maklumat dari blog Fatt tentang Raudah dan makam nabi:

aku nak share sikit sirah semasa baginda wafat dan semua info ni aku kumpul dari internet.

Di riwayatkan sewaktu Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 Hijrah (632M), jasad baginda telah disemadikan di dalam biliknya (refer entry sebelum ni untuk cerita tentang jarak di antara bilik Rasulullah SAW dengan Masjid Nabawi) dan Siti Aisyah terus tinggal di situ setelah kewafatan baginda.

Baginda mempunyai 2 orang sahabat iaitu Saidina Abu Bakar R.A (khalifah pertama) dan Saidina Umar Al-Khattab R.A (khalifah kedua). Ketika Saidina Abu Bakar hampir menemui ajalnya, beliau pergi berjumpa Siti Aisyah dan memohon untuk dikebumikan di samping Rasulullah SAW dan Siti Aisyah membenarkan kerana menghormati ayahnya (Abu Bakar ialah ayah kepada Siti Aisyah).

Selepas itu sewaktu Saidina Umar Al-Khattab R.A merasakan yang ajal beliau semakin hampir, beliau juga memohon kepada Siti Aisyah agar dapat dikebumikan di sisi Rasulullah SAW. Walaupun Siti Aisyah sangat-sangat berhajat untuk dikebumikan di samping suami dan ayahnya, beliau tetap memberi kebenaran kerana hormatkan Umar. Dan sejak jenazah Umar dikebumikan di situ, Siti Aisyah tidak lagi membuka auratnya di dalam bilik tersebut, begitu mulianya akhlak Siti Aisyah.

Kedudukan pusara Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab adalah seperti solat berjemaah yang mana Rasulullah SAW menjadi imam kepada Abu Bakar dan Umar.

Di mana letaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat?

Apabila masuk ke dalam Raudhah, berdirilah menghadap ke arah kiblat. Kita akan nampak di sebelah kiri ada sebuah bangunan berbentuk 4 segi berwarna hijau tua dan bangunan itu dulunya adalah rumah Rasulullah SAW & Siti Aisyah dan Saidina Ali & Siti Fatimah (Fatimah Az-Zahra) dan di situlah juga terletaknya makam Rasulullah SAW dan para sahabat. Terdapat kubah berwarna hijau tua yang menjadi tanda letaknya makam Rasulullah SAW dan kubah ini boleh dilihat dengan jelas dari luar Masjid Nabawi.

Apa yang perlu dilakukan ketika masuk ke Raudhah?

Sewaktu masuk ke dalam Raudhah perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan menyebut, "Assalamualaika Ya Rasululullah".

Kemudian bergerak sedikit ke kanan dan beri salam kepada Saidina Abu Bakar"Assalamualaika Ya Abu Bakar".


Dan bergerak lagi sedikit ke kanan dan beri salam kepada Saidina Umar Al-Khattab, "Assalamualaika Ya Umar".

Kadang-kadang ada saudara-mara atau kawan-kawan yang mintak kita sampaikan salam kepada baginda. Menurut setengah pendapat, sebenarnya kat mana-mana pun kita boleh sampaikan salam pada baginda (tak semestinya bila berada di Raudhah) sebab ia tetap sampai, tapi ada jugak yang berpendapat boleh kalau kirim-kirim salam. Mungkin budaya kita yang selalu sangat, "Ko tolong kirim salam aku kat dia!", mungkin sebab itu method ini lebih popular. Apapun aku tak berani nak sahkan, sila rujuk pada mereka yang arif. Tapi kalau ada orang kirimkan salam pada Rasulullah SAW, maka boleh buat begini. Caranya ialah dengan menyebut, "Assalamualaika Ya Rasulullah min (sebut nama pengirim)".

Selepas selesai memberi salam kepada Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab, lakukan solat sunat 2 rakaat dan berdoalah sebanyak yang mungkin sebab Raudhah adalah tempat yang mustajab doa. Hakikatnya agak susah nak dapat peluang solat 2 rakaat di sini sebab ruangnya kecil untuk menampung jemaah terlalu ramai.

*mustajab = makbul

Jika berpeluang (selagi tak kena halau dengan petugas-petugas masjid) buatlah solat taubat dan solat hajat. Sebab kalau dia nampak kita dah habis solat mesti kita akan disuruh beredar. Kadang-kadang nak berdoa pun tak sempat sebab dia akan cakap, "Ibu, keluar!" takpun, "Hajjah, keluar!". So apa yang Ustazah Fitri ajar, masa bagi salam tak perlu palingkan kepala beria-ria sebab dorang akan nampak. Memadai dengan palingkan sedikit dan lepas bagi salam yang kedua terus berdiri dan buat solat lain (taubat atau hajat). Boleh jugak berdoa dan berhajat setiap kali sujud sebab ada kes di mana petugas masjid suruh beredar selepas bagi salam. 

Apapun semuanya bergantung pada rezeki. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT semoga di permudahkan urusan beribadat di sana, sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tambahan lagi kita dah berada hampir dengan rumahNya, Insya Allah apa saja yang kita mohon akan dimakbulkan. Ada satu cerita menarik yang berlaku waktu kali ke-2 aku ke Raudhah, nanti dah sampai part tu aku cerita.


Setelah memasuki Raudah untuk kali ke 2, aktiviti bebas selepas itu...asalnya patut ustaz bawa msuk pekuburan Baqi tapi dia tak bwk pulak aku pun tak masuk haritu...  rutin harian bermula mcm biase solat zuhur ..asar..maghrib dan Isyak . Asalnya org ckp esknya puase tapi lepas isyak tengok takde pun solat tarawikh , so rupanya puase sama macam Malaysia 18 hbln yelah sbb mana nak tau sbb takde pengumuman macam kat Malaysia.


So selesai Hari Kedua aku di Madinah:)


1 comment: