Followers

Saturday, August 29, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 3 Ziarah Luar Masjid Qiblatan..Masjid 7..Pasar Kurma (17 Jun 2015)



Lepas Bukit Uhud gi sambil lalu jer Masjid Qiblatan dan Masjid 7

Sejarah Masjid Qiblatan:

Sumber:http://abdulhafizasaree.blogspot.com/2011/07/sejarah-masjid-qiblatain.html


Pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah. Ianya terletak di sebelah barat laut Madinah berdekatan dengan Wadi Aqeeq dan Universiti Islam Madinah. Masjid ini diberi nama Masjid Kiblatain (Masjid 2 Kiblat) bersempena dengan peristiwa turunnya perintah Allah S.W.T agar Rasulullah menjadikan Kaabah sebagai kiblat menggantikan Baitul Maqdis.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah iaitu selepas 16 atau 17 bulan selepas Baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah S.A.W bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke perkampungan Bani Salamah kerana menerima jemputan jamuan makan tengah hari daripada Ummu Bisyr ibn al-Bara'

Apabila tiba waktu Zohor Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat Zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan  Baitul Maqdis. Ketika berada pada rakaat kedua, turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

".. Maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke arah kiblat yang kamu sukai, oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.. "  Surah Al-Baqarah : 144.


Dengan turunnya ayat di atas, Rasulullah S.A.W segera mengubah arah kiblat Baginda dengan berpusing ke belakang diikuti para sahabat dan mereka menyempurnakan solat Zohor tersebut. Jelas di sini bahawa Rasulullah S.A.W mengerjakan solat Zohor tersebut menghadap ke arah dua kiblat iaitu Baitul Maqdis, dan kemudian mengubah kedudukan Baginda lalu berkiblatkan Baitullah di Makkah Al-Mukarramah. Wassalam.   




Sejarah Masjid 7:

Sumber:http://chomel2u.blogspot.com/2013/06/masjid-sabah-tujuh-peperangan-khandaq.html

MASJID SAB'AH
 
Masjid Al-Sab'ah (Masjid Tujuh) terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila') iaitu di sebelah barat laut Madinah. Walaupun dikenali dengan nama Masjid Tujuh, namun kini hanya ada sebuah masjid saja yang berfungsi di kawasan itu yang dikenali sebagai masjid al-Fath (sebutan al-Fatah).


Masjid al-Fath

Menurut sejarah, Masjid al-Fath terletak di atas Jabal Sila' dan berhadapan Wadi Buthan (Wadi Abu Jidah). Ia dinamakan Masjid al-Fath kerana menurut satu riwayat, Rasulullah SAW memaklumkan suatu perkhabaran gembira kepada sahabat yang datang membawa berita perihal Yahudi Bani Qurayzah.

Baginda bersabda yang bermaksud: "Bergembiralah dengan al-Fath (pembukaan kota-kota) dan al-Nasr (kemenangan) daripada Allah."
 
Diriwayatkan ketika tentera muslimin berada dalam keadaan tertekan akibat dikepung tentera Ahzab dan ditambah dengan faktor lain seperti kesejukan, kelaparan serta pengkhianatan Yahudi Bani Qurayzah, Rasulullah SAW mengerjakan solat dan berdoa di situ selama tiga hari berturut iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.


Antara yang dipohon Rasulullah SAW ke hadrat Allah ialah: "Ya Allah! Tuhan yang menurunkan kitab dan Tuhan yang menggerakkan awan, kalahkanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menghancurkan mereka."

Permohonan doa Rasulullah SAW diperkenankan Allah pada hari Rabu. Pada malamnya, dalam keadaan suhu yang amat dingin, Allah menghantar angin kencang yang memusnahkan khemah dan peralatan tentera al-Ahzab.

Keadaan itu memaksa mereka menamatkan kepungan ke atas Madinah dan segera berundur seterusnya pulang ke tempat masing-masing dengan penuh kekecewaan.

Selain itu, masjid ini turut dikenali sebagai Masjid al-Ahzab dan al-Masjid al-Ala. Masjid al-Fath mempunyai sejarahnya tersendiri ketika berlakunya Ghazwah al-Khandaq.
Selain Masjid al-Fath, nama yang diberikan kepada masjid-masjid lain dibina di atas kubu pertahanan para sahabat di situ ialah Masjid Saidina Umar al-Khattab, Masjid Saidina Ali ibn Abi Talib, Masjid Salman al-Farisi, Masjid Saidatina Fatimah al-Zahra'.

Masjid Saidina Umar bin al-Khattab (tapak kubu Saidina Umar)


Jalan raya di kawasan inlah dulunya merupakan parit yang dibina oleh Muslimin bagi menghalang pihak musuh menyelinap masuk ke kawasan pertahanan Muslimin.

Kubu Salman Al-Farisi. Dalam peristiwa itu, Rasulullah SAW menerima pakai pandangan Salman al-Farisi supaya tentera muslimin menggali khandaq (parit) di sekeliling Madinah bagi mengekang kemaraan tentera al-Ahzab (Tentera Quraisy dan sekutunya) daripada menyerbu masuk ke dalam kota. Strategi peperangan ini tidak pernah digunakan oleh orang Arab tetapi ianya digunakan oleh orang-orang Parsi untuk menyekat kemaraan musuh kekubu mereka. Kubu-kubu ini berdasarkankedudukan lokasi perkhemahan tentera muslimin diketuai sahabat berkenaan semasa Ghazwah al-Khandaq atau al-Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah.  Tentera Muslimin terkepung dalam cuaca yang amat sejuk.


Jalan raya inilah dulunya parit yang digali untuk mempertahankan kota Madinah dari serangan musuh. Selepas selesai menggali parit dalam masa enam hari, tentera muslimin dibahagikan kepada beberapa pasukan kecil berserta lokasi perkhemahan bagi memudahkan operasi pengawasan yang diketuai sahabat berkenaan. Namun, kedudukan tempat itu tidak semestinya tepat kerana tiada asas sejarah yang kukuh mengenainya.

Walaupun kini sudah tiada lagi sebarang kesan Khandaq atau parit itu, apa yang penting bagi jemaah yang datang menziarahi ialah menyelami roh jihad dan pahit getir dialami Rasulullah SAW dan sahabat dalam mempertahankan Islam.







Actually before sampi Bukit Uhud ade singgah Ladang Kurma dan last sebelum balik hotel singgah kedai kurma:

orang ckp klu nak cari kurma baik beli dekat madinah sbb lagi kualiti dan murah. Kurma yang paling terkenal adalah kurma Ajwa (kurma nabi).. Kurma ni sgt lembut manis dan moist, Harga dari 40riyal ke atas bergantung kepada saiz...








aku beli kurma Ajwa 2kilo ambik yang 60riyal punya..

Kelebihan Kurma Ajwa:

Siapapun yg pagi2 memakan 7 buah kurma ‘Ajwah, maka pada hari itu dia tidak akan mudah keracunan dan terserang penyakit.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Malam tu start trawikh...pengalaman pertama trawikh dekat masjid nabawi, bacaan trawikh  mmg panjang klu pernah gi Masjid kampung baru macam disitu la bacaan trawikh dia...




2 comments: