Followers

Sunday, September 13, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 6 Part 1 (20June2015) Madinah Ke Mekah Umrah Pertama

Pertamanya rase sedih sbb ape yang berlaku dengan kren tumbang di Masjidil Haram kemarin...sedih sebab aku rase keharmonian keberkatan bumi yang mulai itu, klu nak tgk kawasan yang tumbang tu pun aku pernah sembahyang bawah tu..tapi semua dah takdir ketentuan dari Allah S.W.T..AlFatihah






20June2015

Bagi semua yang menunaikan umrah atau semua yang dtg ke Madinah dan Mekah adalah menunaikan umrah, So harini aku dan jemmah yang lain akan berangkat Mekah Al Mukaramah. Pagi solat subuh aku target nak masuk Raudah..Lepas subuh tu aku terus masuk ke Raudah belah perempuan. Haritu merupakan hari paling lama aku duk Raudah sbb lepas solat dia akan bahagikan Raudah kepada dua bahagian lelaki ngan perempuan...semasa dia nak buat persiapan laluan ke raudah untuk perempuan orang laki yang sempat ade disitu boleh duduk smpi dia suruh keluar. Bayangkan lepas subuh kul 5.30 smpi pukul 7.30 leh duk situ banyak benda boleh buat solat sunat dan baca Al-Quran...So tips untuk laki nak duduk lama dlm Raudah lepas solat fardu masuk ke tempat oranag ppuan...

Lepas tu aku balik ke hotel kemas barang semua dalam pukul 9.00pagi aku kembali ke Masjid Nabawi untuk ziarah wida, ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W..

Ni aku Petik Kat blog ni:
http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/ziarah-wida.html
Ziarah Wida' ialah ziarah perpisahan, atau ziarah selamat tinggal, iaitu menziarahi maqam Rasulullah s'a.w sebelum meninggalkan Madinah. Kiranya macam kita kata bye-bye kepada Rasulullah s'a.w macam tulah lebih kurang.
Ada doa yang kita kena baca. Panjang doa ni:
"Selamat tinggal wahai Rasulullah.
Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai Kekasih Allah.
Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu atau pun berada di sisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat, jika panjang ada umur yang panjang, insyaAllah aku akan datang menziarahimu semula.
Tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah hari qiamat, iaitu pengakuanku yang sunguh-sungguh, bahawa 'Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah Tuhan yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya.'
Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas para Rasul.
Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam ini."

Pukul 10 Semua bekumpul dengan berpakaian irham bagi lelaki, perjalanan bermula ke Mekah dalam anngaran 4++km dari Madinah, Dalam 20 minit bus berhenti Di Zulhulaifah(Bir Ali  Masjid Bir Ali), tempat miqat bagi jemaah yang ingin berniat irham memasuki dari Madinah.


Penjelasan Miqat:


Miqat (bahasa Arabميقات) adalah batas bagi dimulainya ibadah haji (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram dan memasang niat. Miqat digunakan dalam melaksanakan ibadahhaji dan umrah.
Miqat terdiri dari dua jenis :
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
    • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah yaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
    • Bagi umrah, miqat zamani bermula pada sepanjang tahun pada waktu umrah dapat dilakukan.
  2. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
    • Bagi mereka yang tinggal di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Untuk umrah ialah keluar dari tanah haram Makkah yaitu sebaiknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
    • Bagi mereka yang datang dari sebelah timur seperti IndonesiaMalaysiaSingapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).
    • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
    • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
    • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Bir Ali (Abyar 'Ali) (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
    • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).



Setelah Solat Sunat Irham semua Jemaah menaiki bas dan apabila bas mula bergerak semua membaca niat irham dibimbing oleh mutawif, Mula2 baca niat irham yang biasa kemudian niat irham bagi perumpuan yang dalam keadaan uzur, niat irham bersyarat..Apabila kita sudah niat irham maka bermula la pantang larang semasa berirham, semua pekara itu akan dihalalkan kepada kita balik setelah kita selesai rukun umrah..


Rukun Umrah

Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
  • Niat
  • Tawaf
  • Sai'e
  • Tahallul
  • Tertib

Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
niat
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”

Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
niat-tawaf
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Syarat- syarat sah tawaf:
  • Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
    Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk  Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan  sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.

Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang  itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • uami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Pantang Larang Semasa Irham
1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
3. Menutup muka bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
8. Mengerat atau membuang kuku.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.


Setelah itu, mutawif membimbing semua untuk talbiah.....setelah itu semua jemaah dibenarkan berehat, sepanjang perjalan disajikan pemandangan padang pasir  dan bukit yang kering kontang cuba bayangkan zaman  Rasulullah dulu dan para sahabat macam mana baginda berhijrah merentas Padang Pasir, aku duk dalam bas yang beraircond pun terasa bahang...








Bersambung...............................

No comments:

Post a Comment