Followers

Thursday, September 17, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 6 Part 2 (20June2015) Madinah Ke Mekah Umrah Pertama

Sedih la tgk berita tragedi MasjidilHaram....

Sambungan Part 1.


         Lebih kurang 180 km sebelum sampai ke Mekah, Bas tu dia berhenti di RnR di Wadi Qudut (klu x salah eja la) untuk solat jamak zohor dan Asar. Klu bukan bulan puasa normally jemaah akan berhenti solat dan makan nasi arab disini.





Lepas tu perjalanan diteruskan, start bas jalan ustaz bertalbiah lagi sebelum dia suruh jemaah rehat kembali, apabila nak dekat masuk tanah haram mekah ustaz gerakkan semua orang dan selepas lalu Masjid Tanaim Kiata mual memasuki boundary tanah haram. Usataz cakap setiap perbuatan baik kita di tanah haram akan digandakan 100000 bebranding tempat lain namun sebarang perbuatan tidak baik pula akan digandakan sebanyak 100000 pula, Allah S.W.T maha adil.
salah satu laluan utama ke masjidil haram



lepas masjid tanaim ni la sempadan tanah haram





Kami tiba dihotel yang terletak dijln utama ke Masjidil Haram, ketika itu orang sibuk bergegas ke Masjid mmg sibuk. Kami menetap di Hera Hotel. Hera hotel merupakan salah satu hotel rasmi Andalusia. Masuk hotel duk dilobby sementara agihan bilik dan taklimat.


Taklimat diberikan lebih kepada keselamatan dan perjalanan jemaah diMekah, Setelah itu agihan bilik diberikan aku dpt no bilik 109 sama mcm di Madinah...Roomate sama mcm di Madinah cuma hotel ni bilik dia kecik sikit dan agak lama.Kami dijadulakn untuk melakukan umrah selepas Isyak semasa orang melakukan solat terawikh untuk umrah wajib.

Masuk bilik letak beg dan berehat dalam berpakaian irham. Seeloknya kita melakukan seawal yang mungkin umrah bila smpi di Mekah sbb kita terikat dengan pantang larang irham. Dekat nak berbuka turun ke dewan makan untuk berbuka. Ape yang berbeza di Madinah di Mekah group andalusia sgt ramai smpi penuh dewan makan untuk berbuka..meriah la suasana dia...
susana berbuka hotel mekah meriahkan



Selepas berbuka, solat maghrib di surau di hotel sebelum berkumpul di lobby. Setelah cukup jemaah group aku lebih kurang 8.15 mlm kitaorang bergerak ke Masjidil Haram. Kene bergerak cepat kerana klu lmbt kita tak boleh masuk ke ruang solat yang direct terus ke Kaabah. Memang ramai orang bergerak ke masjid walupun solat isyak bermula pukul 9.00mlm.

Setelah sampai ke Masjidil Haram Mutawif akan letak kita satu group berdekatan untuk solat isyak, selepas solat isyak kami berkumpul semula untuk memulakan Umrah...








Turun ke kawasan tawaf, tawaf merupakan kemuncak umrah so kita kene dalam keadaan berwuduk. Klu terbatal wuduk kena ulang semula baki yang tertinggal. Ustaz mutawif akan membimbing group untuk umrah dia akan membaca doa bagi setiap pusingan tawaf dengan kuat so untuk semua jemaah ikut je ape yang mutawif baca tapi disebabkan orang terlalu ramai suara tu tenggelam dan tambahan pula org tgh solat trawikh. So aku terpaksa duduk setentang ngan Mutawif nak dengar dia bacaan dia. cuma kesian kat orang perempuan kat belakang mmg tak dengar sgt rasenya. Kesian kat makcik kat belakang kene ikut rentak satu group.. mmg susah nak ikut sbb ramai orang 2..tapi terpaksa la, ade kakak tu dia bawak mak dia yang agak tua...dia tarik mak dia ikut sbb nak bersama group sbb klu terlepas susah nak cari balik..Selesai tawaf 7 pusingan terus ke tempat Saie.










 Saie juga ikut mutawif dia akan baca kuat kita akan ikut.......semasa saie usatz ade berhenti jap bagi jemaah minum air zam zam yang disediakan di laluan saie. Selesai saie 7 pusingan Ustaz baca doa dan selesaikan tahalul, ustaz sendiri akan bantu tolong gunting rambut. Malam itu selesaikan umrah wajib dalam pukul 11.30 mlm. Selesai umrah orang lain pun dah selesai trawikh. Balik ke Hotel untuk rehat kerana seharian dari pagi smpi mlm. bagi aku umrah mmg perlukan kekuatan jasmani terutama saie. So kesian aku tgk makcik2 yang dah tua tak sama kekuatan mcm orang 2 muda. So kwn 2 sgerakn lah umrah dan lagi baik klu dpt buat haji diwaktu muda supaya ibadah kita lebih sempurna. Sampai hotel terus rehat. Esk hari free sehari .........


*separuh gmbr aku ambik dari blog Fatt Bagpackerbusuk sbb masa kat mekah aku tak bwk hp dan kamera byk tinggal kat bilik je...



No comments:

Post a Comment