Followers

Thursday, October 29, 2015

Kepada pemilik nama bermaksud cantik@kecantikan;)



Wahai Saudari,

          Walaupun kita berjumpa dalam tempoh yang singkat, diri ini telah jatuh hati kepada keperibadian, perwatakan dan cara saudari. sehinggakan diri ini tidak sanggup melepaskan peluang untuk mengenali saudari dan menjadi kawan baik saudari. Kerana diriini sukar untuk bertemu sesorang yang diriini rasakan ingin menjadi teman istimewa. Sekiranya ada jodoh antara kita. Diri ini memohon Allah S.W.T mempertemukan kita,mempermudahkan jodoh kita dan membuka pintu hati saudari untuk menerima diri ini supaya kita  dapat berkasih sayang kerana Allah S.W.T, melahirkan zuriat untuk agama Allah S.W.T dan menjadi peneman hidup ini. Ini doaku dalam solat ku, hajat ku dan istikarahku sejak 10 ramadan yang terakhir sehingga ke harini.Harap dapat mengenali saudari sebagai teman baik kenal antara satu sama lain dan serahkan soal jodoh kepada kententuan Allah S.W.T. Namun sekiranya diakhir persahabatan kita tiada jodoh antara kita, walaupun diri ini berat untuk melepaskan saudari, namun diri ini kena percaya ketentuan Allah S.W.T ke  atas kita. Ada perancangan yang terbaik bagi kita berdua. Sekiranya juga tiada jodoh untuk kita bersama, sanjung diri ini sebagai seorang sahabatmu yang terutama seperti sahabat2 mu yang saudari sanjungi dan jangan anggap kehadiran diri ini sebagai beban dalam kehidupan saudari. Kalau diberi pilihan dapat mengeluarkan perasaan jatuh hati dalam diri ini kepada saudari, akan ku pilih supaya kita dpt berkawan selama-lamanya.. namun apa kuasa diri ini menolak nikmat Allah S.W.T untuk mencintai dan dicintai.

Dalam raut wajah saudari ada ketenangan dihati ini, dalam gaya penulisan dan cara saudari dapat membimbing hati ini..dalam diri saudari ada rasa tarikan untuk sama2 memperbaiki diri menuju ilahi. Terima Kasih kerana  pertemuan dengan saudari membuat diri ini berusaha menjadi seseorang yang lebih baik sebagai seorang hamba Allah S.W.T.

kau yang ku ingati dari kejauhan cik H






No comments:

Post a Comment