Followers

Thursday, October 22, 2015

Pengkongsian Dari FB

Salsabiila Sofian
Bismillahirrahmanirraheem.
Dengan nama Allah, Pemilik Cinta Teragung.
Post ini ditujukan tanpa prejudis kepada semua kenalan yang sedang diuji hati dan perasaan dalam hal jodoh.
Kepada kenalan yang masih ragu-ragu dengan berjuta soal hati dan cinta yang menyerabutkan.
Kepada yang membaca semoga bermanfaat dalam usaha bersama untuk membina Baitul Muslim yang diredhai Ilahi.
Andai ada yang terkhilaf dan tersalah, jutaan kemaafan dipinta. Nukilan ini adalah setulusnya apa yang diperoleh dalam menelusuri perjalanan yang segalanya telah ditakdirkan Allah dengan sebaik-baik takdir.
Jodoh. Cinta. Hati. Perasaan. Kembalilah kepada Si Dia, Tuan Punya Segala Cinta.
Serahkan hati dan jiwa kepada Dia.
Mintalah dengan sesungguhnya dari Dia.
Berharaplah dengan tersangat harap padaNya.
Rayulah dengan serendah hati menadah rahmatNya.
Sungguh, perancangan Allah itu sungguh indah.
Love story yang Allah aturkan sangat unpredictable.
Plot cerita yang tak dapat dijangka.
Yang tak tahu bila segala babak bermula.
Seandainya telah ditakdirkan di Lauh Mahfuz,
Seandainya telah tertulis,
Seandainya telah tersurat.
Jika namanya JODOH,
Dibiar tak pergi,
Ditinggal tak lari,
Bila masanya tiba nanti,
Suratan takdir Ilahi tersusun indah sekali.
Last year, 19/10/2014, we met for the first time.
So, hari ni, dah setahun.
19/10/2014, adalah hari pulang jubah konvo. Lepas puas melompat, terbang, baring dan tidur dengan jubah konvo. Dah sampai masa untuk pulangkan jubah tersebut.
Razin Hanif teman sepupu dia (sepupu dia adalah kawan kelas saya) untuk pulang jubah.
So, we met.
Just like that.
Tiada rusuk bergegar.
Tiada mana2 organ bergetar.
Tiada.
Razin Hanif made his first move. Very straightforward person. Easy to understand. Just pre-Taaruf sort of whatsapp conversations this time.
Dalam sebulan lepas tu, Razin Hanif asked about personal things. Jawapan saya mudah,
"Kalau Mama & Abah suka, then I do."
Razin Hanif replied, "I am ready to meet your parents."
Masa ni macam-macam perasaan ada. Serius ke mamat ni? Dah la tak kenal mamat ni. Terus nak jumpa Mama & Abah. Betul ke ape yang aku wat ni? Macam-macam dalam otak masa ni. So, I paused for awhile. Put commas at all unanswered questions.
Time passed.
On my birthday, 7/12/2014, Razin Hanif asked again to meet my parents.
I refused at first.
Razin Hanif insisted.
At this point of time, I met my ustazs, I asked my ustazahs about this.
Antara ayat ustaz n ustazah:
"Tak ramai lelaki sekarang ni yang nak jumpa mak ayah terus. Kalau jumpa, tak salah bagi dia peluang."
"You know your heart Salsabil."
"Kalau dia solat, ada kerja, baik dengan ibu bapa, insyaAllah yang lain boleh baiki sama2."
"Jangan harapkan lelaki yang sempurna. Nikah untuk saling menyempurnakan."
Everytime lepas solat, in my last sujud, I prayed,
"Ya Allah,andai ini jalannya, andai ini yang terbaik, permudahkan, percepatkan. Ya Allah, jauhkan aku dari perkara yang sia-sia."
And, Allah eases and eases everything.
So, I told Mama & Abah ada orang nak jumpa. They welcomed him. 27/12/2014 Razin Hanif datang rumah and alhamdulillah Mama & Abah suka dia.
Then, I went to Razin Hanif's house. His Mak asked me,
"Tak nak kenal2 dulu ke?"
I answered,
"Takpe makcik, lepas kahwin nanti kenal2 lagi."
And, I think, that's enough.
Exam last paper hari Khamis 8/1/2015.
Hari Ahad 11/1/2015, family Razin Hanif datang rumah. Komfem tarikh. Sarung cincin.
13/2/2015, Nikah.
So, preparation kahwin dalam 30 hari.
Tiada wang hantaran.
Hanya 1 dinar untuk mahar saya.
See, semua berlaku dalam masa yang pada saya singkat.
Kalau Allah kata "KUN", Fayakun.
Tak ada kuasa yang boleh menghalang.
Kepada yang masih mencari, teruskan usaha dan berharaplah kepadaNya.
Jangan sibuk mencari bidadari atau bidadara, sibuklah untuk menjadi bidadari dan bidadara.
Pesanan manja kepada semua, kahwin dengan orang yang kita tak berapa kenal ni macam bukak hadiah taw. Everyday ada surprises. And yakinlah, Allah tak zalim. Allah akan bagi kita orang yang sesuai dengan kita.
Lepas usaha, serah kat Allah. Tawakkal.
Yang lepas biarkanlah.
Semua anak Adam adalah pendosa.
Dan sebaik2 pendosa adalah yang bertaubat.
Semua orang ada kisah hitam masing-masing.
Bila dia dah berhijrah, kenapa nak zalim dengan dia?
Kita semua ada wat silap.
Taubat.
Lupakan.
Move on.
Offer syurga dari Allah still on.
Jom jumpa kat syurga ramai-ramai.
Wallahu'alam.
Semoga Allah redha kita semua.

No comments:

Post a Comment