Followers

Wednesday, November 18, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Wrapping ...........



So untuk umrah ni satu trip yang bermakna la berbanding trip 2 yang lain...Klu ikut plan aku dah pernah daftar nak gi Umrah 2013 ngan mak ayah n adik aku tapi sbb time tu aku baru tukar keje sekrang ni so aku kenselkan, so masuk tahun 2015 rasa membuak2 nak gi Umrah..cuba nak gi dalam bulan march sbb nak abiskan cuti carry forward tahun 2014 tapi takde kesempatan. So aku dpt sedikit rezeki terus aku tanya mak aku untuk try booking dengan Andalusia sbb ader agent dekat rumah aku. So tak sangka pulak dpt pergi bulan Ramadan and actully nak booking 13hbln tapi penuh dan dpt la gi 15 hbln....asalnya aku nak gi seorang tapi adik aku nak ikut so aku onkan jer sbb aku kene jadi mahram dia la kan..so bila Allah dah jemput mesti dapat gikan..

takde ape kejadian yang pelik2 berlaku kat Madinah dan Mekkah. Aku kat sana buat mana yang aku mampu. Macam dulu mak ayah aku pergi diorag ader buat umrah sendiri. Time aku pergi aku tak mampu nak buat umrah sendiri kali4 sbb bulan puase cabaran kuat jugak bagi aku. Aku doa sebanyak mana yang boleh kat sana. aku cuba pastikan semua benda aku dpt buat so aku ushakan jugak la kucup hajarulaswad. Tapi bukan nak bangga la cuma nak bgtahu ape yang kita niat dan usahakan kita kan dpt.


Balik dari umrah alhamdulilah aku cuba jaga aper perbuatan tingkahlaku jadi lebih baik. Aku cukupkan solat jemaah 5 waktu sbb kat sana dah buat kan tak nak putuskannya cuba sedaya upaya aku jaga ...aku cuba baca Alquran setiap hari paling kurang Surah Al Mulq dan yang lain2 hanya Allah dan aku je tahu nanti riak pulak huhu...tapi yang paling penting aku cuba menjadi lebih dari dari sebelumnya, Alhamdulilah aku mampu sedikit2 so harap istiqamah sampi hujung nyawa..


So untuk adik ape yang aku dengar la:

dia punya supervisor  ade mintak doa untuk dapat anak so yang aku tahu baru2 ni supervisor dia dah mengandung tapi sadly keguguran lak...lepas dia ader doakan jodoh untuk dia so minggu lepas baru dia dirisik khabrnya nak langsung bulan 5.. mungkin berkat dia gi umrah..



So finally semua citer ni bukan nak bangga ape cuma ajak semua klu ade masa dan kesempatan leh kita cuba menunaikan umrah dan ziarah Rasulallah S.A.W terutama masa muda2 ni... mungkin ade seribu satu kerberkatan dan rahmat didalamnya. Mmg aku teringin nak kembali tapi aku sgt2 nak buat Haji ngan Mak Ayah aku dalam masa terdekat,

so klu kita rindukan Mekah & Madinah kita cuba titipkan  kerinduan kita dengan istiqamah amalan kita kat sana disini.


Sedikit Huraian Perbelanjaan

Pakej Umrah (ALL IN) = RM6690 (Bilik Ber4 campur awal Ramadan)
Belanja Pelbagai            = RM1500 (Pelbagai barang)
Total                              =  RM8190

Pulangannya priceless Alhamdulilah


Waallahualam.............(TAMAT TRAVELOG MEKAH MADINAH 11.19PM 11.24 PM)

No comments:

Post a Comment