Followers

Wednesday, September 30, 2015

Kawan Yang Dihargai..

Seronok klu kita jadi kwn yang bila kita takde org raser kehilangan kita...
klu kita takde diorang tunggu kehadiran kita...


teringat kat kwn lama yg rapat ngan aku dulu tapi sbb ade sesuatu hal kitaorg tak serapat dulu tapi dia ade message dekat FB sebelum ini sbb lama aku tak contact dia,aku ade je cuma semua tak mcm dulu lagi la..yang pasti aku dah jadi kwn yg terbaik buat dia dulu so aku puas hati...


klu kawan rapat laki satu hari nanti dia perlu bersama ngan keluarga dia nanti
klu kwn rapat perempuan satu hari nanti dia perlu bersama suami n keluarga dia nanti

walaupun sapapun tak perdulikan kita satu hari nanti kita masih ade keluarga yang selalu ade bersama kita.....

walupun satu hari nanti semua pergi meninggalkan kita, kita masih ada pencipta kita Allah S.W.T yang sentiasa ada bersama kita..


Sunday, September 20, 2015

Tips Umrah By Me...............

Share tips umrah yang aku rase sesuai bagi aku la.....


*Tips:
1)Pilih lokasi penginapan yang sedekat mungkin dengan masjid especially Mekah klu byr lebih sikit pun takpe asal tak tergangu ibadah (choose wisely your Travel agent & package)
2)Masuk Mekah dulu lagi ok sbb tenaga masih banyak untuk kejar buat umrah dengan sempurna( masuk madinah dulu pun ok )
3)Bawak uncang beg untuk isi selipar so senang sikit n bersih nak bwk kasut masuk dlm masjid so bebas nak kluar masuk mana 2 pintu
4)lelaki tu pakai sliper jer senang 
5)Klu nak shopping:
Madinah : Kurma Kacang dan Seangkatannya
Mekah:Jubah High quality compare to madinah dan lain2 tasbih...
6)Nak Cium Hajarul Aswad ..Niat dan usaha la sikit tolak 2 dush2 hehe (sbb diorg ni tak sistematik padahal boleh je beratur)
7)Sebelum gi Mekah refresh balik cara nak solat jenazah sbb di mekah dan madinah boleh katakan 95% lepas solat fardu ade solat jenazah banyak pahala org solat jenazah ni ..dulu tertanya tanya gak betulker sepanjang masa ade orang meninggal so mutawwif tu bagi jwpn semua org yang meninggal dlm Madinah akan disembahyangkan hanya di masjid nabawi dan semua org yg meninggal di Mekah di sembahyangkan hanya di masjidil haram
8)Klu Lelaki la nak duduk lama dlm Raudah( Masjid nabawi )duduk la lepas solat fardu di belakang or dlm raudah belah perempuan sbb lepas solat di akan bahagikan dua tempat ppuan ditutup sementara nak tunggu ppuan leh masuk boleh duduk lama disitu..
9) Bawa cream @ moisturiser sbb kulit kaki nanti kering tapi rase tak seteruk kering masa winter
10)Kain irham bawak satu pun cukup sbb susah nanti nak bwk balik besar sgt ..but precaution sapa yg risau kotor better ada 2(aku guna satu jer)
11) kwn 2 yang muda gi lah buat umrah sbb masa ni lah tenaga masih byk nak buat umrah jgn tunggu dah sakit n tua sbb umrah perlu kekuatan jasmani, bila dah pergi nescaya anda tidak sabar nak tunggu melakukan haji insyallah zaman sekarang ramai mampu.. umrah takde GST pun
p/s:aku baru daftar hj awal tahun haritu dpt tarikh tahun 2082 ...menyesalnya daftar lewat..sapa yang tahu mcm mana nak cepatkan dalam 2 -3 tahun lagi pm yek

Thursday, September 17, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 6 Part 2 (20June2015) Madinah Ke Mekah Umrah Pertama

Sedih la tgk berita tragedi MasjidilHaram....

Sambungan Part 1.


         Lebih kurang 180 km sebelum sampai ke Mekah, Bas tu dia berhenti di RnR di Wadi Qudut (klu x salah eja la) untuk solat jamak zohor dan Asar. Klu bukan bulan puasa normally jemaah akan berhenti solat dan makan nasi arab disini.





Lepas tu perjalanan diteruskan, start bas jalan ustaz bertalbiah lagi sebelum dia suruh jemaah rehat kembali, apabila nak dekat masuk tanah haram mekah ustaz gerakkan semua orang dan selepas lalu Masjid Tanaim Kiata mual memasuki boundary tanah haram. Usataz cakap setiap perbuatan baik kita di tanah haram akan digandakan 100000 bebranding tempat lain namun sebarang perbuatan tidak baik pula akan digandakan sebanyak 100000 pula, Allah S.W.T maha adil.
salah satu laluan utama ke masjidil haram



lepas masjid tanaim ni la sempadan tanah haram





Kami tiba dihotel yang terletak dijln utama ke Masjidil Haram, ketika itu orang sibuk bergegas ke Masjid mmg sibuk. Kami menetap di Hera Hotel. Hera hotel merupakan salah satu hotel rasmi Andalusia. Masuk hotel duk dilobby sementara agihan bilik dan taklimat.


Taklimat diberikan lebih kepada keselamatan dan perjalanan jemaah diMekah, Setelah itu agihan bilik diberikan aku dpt no bilik 109 sama mcm di Madinah...Roomate sama mcm di Madinah cuma hotel ni bilik dia kecik sikit dan agak lama.Kami dijadulakn untuk melakukan umrah selepas Isyak semasa orang melakukan solat terawikh untuk umrah wajib.

Masuk bilik letak beg dan berehat dalam berpakaian irham. Seeloknya kita melakukan seawal yang mungkin umrah bila smpi di Mekah sbb kita terikat dengan pantang larang irham. Dekat nak berbuka turun ke dewan makan untuk berbuka. Ape yang berbeza di Madinah di Mekah group andalusia sgt ramai smpi penuh dewan makan untuk berbuka..meriah la suasana dia...
susana berbuka hotel mekah meriahkan



Selepas berbuka, solat maghrib di surau di hotel sebelum berkumpul di lobby. Setelah cukup jemaah group aku lebih kurang 8.15 mlm kitaorang bergerak ke Masjidil Haram. Kene bergerak cepat kerana klu lmbt kita tak boleh masuk ke ruang solat yang direct terus ke Kaabah. Memang ramai orang bergerak ke masjid walupun solat isyak bermula pukul 9.00mlm.

Setelah sampai ke Masjidil Haram Mutawif akan letak kita satu group berdekatan untuk solat isyak, selepas solat isyak kami berkumpul semula untuk memulakan Umrah...








Turun ke kawasan tawaf, tawaf merupakan kemuncak umrah so kita kene dalam keadaan berwuduk. Klu terbatal wuduk kena ulang semula baki yang tertinggal. Ustaz mutawif akan membimbing group untuk umrah dia akan membaca doa bagi setiap pusingan tawaf dengan kuat so untuk semua jemaah ikut je ape yang mutawif baca tapi disebabkan orang terlalu ramai suara tu tenggelam dan tambahan pula org tgh solat trawikh. So aku terpaksa duduk setentang ngan Mutawif nak dengar dia bacaan dia. cuma kesian kat orang perempuan kat belakang mmg tak dengar sgt rasenya. Kesian kat makcik kat belakang kene ikut rentak satu group.. mmg susah nak ikut sbb ramai orang 2..tapi terpaksa la, ade kakak tu dia bawak mak dia yang agak tua...dia tarik mak dia ikut sbb nak bersama group sbb klu terlepas susah nak cari balik..Selesai tawaf 7 pusingan terus ke tempat Saie.










 Saie juga ikut mutawif dia akan baca kuat kita akan ikut.......semasa saie usatz ade berhenti jap bagi jemaah minum air zam zam yang disediakan di laluan saie. Selesai saie 7 pusingan Ustaz baca doa dan selesaikan tahalul, ustaz sendiri akan bantu tolong gunting rambut. Malam itu selesaikan umrah wajib dalam pukul 11.30 mlm. Selesai umrah orang lain pun dah selesai trawikh. Balik ke Hotel untuk rehat kerana seharian dari pagi smpi mlm. bagi aku umrah mmg perlukan kekuatan jasmani terutama saie. So kesian aku tgk makcik2 yang dah tua tak sama kekuatan mcm orang 2 muda. So kwn 2 sgerakn lah umrah dan lagi baik klu dpt buat haji diwaktu muda supaya ibadah kita lebih sempurna. Sampai hotel terus rehat. Esk hari free sehari .........


*separuh gmbr aku ambik dari blog Fatt Bagpackerbusuk sbb masa kat mekah aku tak bwk hp dan kamera byk tinggal kat bilik je...



Wednesday, September 16, 2015

Istikarahku.......



"Ya Allah aku memohon agar tuhan memilih mana yang baik menurut engkau dan aku memohon tuhan memberi kepastian dengan ketentuanmu dan aku memohon dengan kemurahan tuhan yang maha besar agung. kerana sesungguhnya tuhan yang berkuasa sedang aku tidak tahu dan tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

"Ya Allah, jika tuhan mengetahui persoalan ini...........................baik bagi aku, dalam agama aku dan dalam penghidupan aku, dan baik pula akibat bagi aku, maka berikanlah pekara ini kepada aku dan mudahkanlah ia bagi aku, kemudian berilah keberkatan bagi aku didalamnya dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada. kemudian jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahmu.


*aku istikarah tentang satu pekara sejak 10 terakhir ramadan smpi skrg , ape yang aku rase...rase kuat ke arah ape yang aku istikarah tu.. doa usaha dan tawakal...


Sunday, September 13, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 6 Part 1 (20June2015) Madinah Ke Mekah Umrah Pertama

Pertamanya rase sedih sbb ape yang berlaku dengan kren tumbang di Masjidil Haram kemarin...sedih sebab aku rase keharmonian keberkatan bumi yang mulai itu, klu nak tgk kawasan yang tumbang tu pun aku pernah sembahyang bawah tu..tapi semua dah takdir ketentuan dari Allah S.W.T..AlFatihah






20June2015

Bagi semua yang menunaikan umrah atau semua yang dtg ke Madinah dan Mekah adalah menunaikan umrah, So harini aku dan jemmah yang lain akan berangkat Mekah Al Mukaramah. Pagi solat subuh aku target nak masuk Raudah..Lepas subuh tu aku terus masuk ke Raudah belah perempuan. Haritu merupakan hari paling lama aku duk Raudah sbb lepas solat dia akan bahagikan Raudah kepada dua bahagian lelaki ngan perempuan...semasa dia nak buat persiapan laluan ke raudah untuk perempuan orang laki yang sempat ade disitu boleh duduk smpi dia suruh keluar. Bayangkan lepas subuh kul 5.30 smpi pukul 7.30 leh duk situ banyak benda boleh buat solat sunat dan baca Al-Quran...So tips untuk laki nak duduk lama dlm Raudah lepas solat fardu masuk ke tempat oranag ppuan...

Lepas tu aku balik ke hotel kemas barang semua dalam pukul 9.00pagi aku kembali ke Masjid Nabawi untuk ziarah wida, ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W..

Ni aku Petik Kat blog ni:
http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/ziarah-wida.html
Ziarah Wida' ialah ziarah perpisahan, atau ziarah selamat tinggal, iaitu menziarahi maqam Rasulullah s'a.w sebelum meninggalkan Madinah. Kiranya macam kita kata bye-bye kepada Rasulullah s'a.w macam tulah lebih kurang.
Ada doa yang kita kena baca. Panjang doa ni:
"Selamat tinggal wahai Rasulullah.
Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai Kekasih Allah.
Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu atau pun berada di sisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat, jika panjang ada umur yang panjang, insyaAllah aku akan datang menziarahimu semula.
Tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah hari qiamat, iaitu pengakuanku yang sunguh-sungguh, bahawa 'Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah Tuhan yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya.'
Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas para Rasul.
Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam ini."

Pukul 10 Semua bekumpul dengan berpakaian irham bagi lelaki, perjalanan bermula ke Mekah dalam anngaran 4++km dari Madinah, Dalam 20 minit bus berhenti Di Zulhulaifah(Bir Ali  Masjid Bir Ali), tempat miqat bagi jemaah yang ingin berniat irham memasuki dari Madinah.


Penjelasan Miqat:


Miqat (bahasa Arabميقات) adalah batas bagi dimulainya ibadah haji (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji perlu mengenakan kain ihram dan memasang niat. Miqat digunakan dalam melaksanakan ibadahhaji dan umrah.
Miqat terdiri dari dua jenis :
  1. Miqat Zamani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﺯﻣﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan waktu:
    • Bagi haji, miqat bermula pada bulan Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah yaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
    • Bagi umrah, miqat zamani bermula pada sepanjang tahun pada waktu umrah dapat dilakukan.
  2. Miqat Makani (ﻣﻴﻘﺎﺕ ﻣﻛﺎﻧﻲ) - batas yang ditentukan berdasarkan tempat:
    • Bagi mereka yang tinggal di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri (rumah sendiri). Untuk umrah ialah keluar dari tanah haram Makkah yaitu sebaiknya di Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
    • Bagi mereka yang datang dari sebelah timur seperti IndonesiaMalaysiaSingapura dan kebanyakan negara Asia lain, tempatnya adalah di Yalamlam (ﻳﻠﻣﻠﻢ) atau Jeddah (ﺟﺪﻩ).
    • Bagi yang datang dari barat seperti Mesir, miqatnya di Juhfah (ﺟﺤﻔﻪ).
    • Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram adalah Qarnul Manazil (ﻗﺮﻦﺍﻠﻣﻨﺎﺯﻝ).
    • Bagi yang datang dari Madinah, tempatnya di Dzulhulaifah Bir Ali (Abyar 'Ali) (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ).
    • Bagi yang datang dari bahagian Iraq pula adalah di Dzatu 'Irq (ﺫﺍﺕ ﻋﺮﻕ).



Setelah Solat Sunat Irham semua Jemaah menaiki bas dan apabila bas mula bergerak semua membaca niat irham dibimbing oleh mutawif, Mula2 baca niat irham yang biasa kemudian niat irham bagi perumpuan yang dalam keadaan uzur, niat irham bersyarat..Apabila kita sudah niat irham maka bermula la pantang larang semasa berirham, semua pekara itu akan dihalalkan kepada kita balik setelah kita selesai rukun umrah..


Rukun Umrah

Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
  • Niat
  • Tawaf
  • Sai'e
  • Tahallul
  • Tertib

Niat

Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
niat
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”

Tawaf

Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
niat-tawaf
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Syarat- syarat sah tawaf:
  • Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
    Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
  • Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk  Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
  • Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
  • Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan  sempurna dan yakin.
  • Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
  • Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
  • Mesti suci daripada hadas besar.
  • Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
  • Mesti menutup aurat.

Sai’e

Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Sai’e:
  • Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
  • Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
  • Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
  • Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
  • Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang  itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.

Tahallul

Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
  • Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • uami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Pantang Larang Semasa Irham
1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
3. Menutup muka bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
8. Mengerat atau membuang kuku.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.


Setelah itu, mutawif membimbing semua untuk talbiah.....setelah itu semua jemaah dibenarkan berehat, sepanjang perjalan disajikan pemandangan padang pasir  dan bukit yang kering kontang cuba bayangkan zaman  Rasulullah dulu dan para sahabat macam mana baginda berhijrah merentas Padang Pasir, aku duk dalam bas yang beraircond pun terasa bahang...








Bersambung...............................

Friday, September 11, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 4-5 (18-19 Jun 2015) Solat Trawikh Buka Puasa Solat Jumaat Masjid Nabawi

Malam 18/06/2015 dah start trawikh so pengalaman pertama la trawikh di tanah arabkan..bacaan imam dia mmg panjang dan tiada selawat diantara 2 raakat mcm Malaysia..23 raakat abis pukul 11.30mlm..

18 Jun 2015

Bangun awal untuk sahurkan sbb dah start puasa dia start sahur kul 2-3.50pagi, pukul 4 dah subuh...pagi tu lepas subuh aku singgah perkuburan baqi sbb nak gi lepas zuhur panas sgt


Sejarah Perkuburan Baqi..aku petik FB

Sejarah Pemakaman Al Baqi [Maqbarah Baqi'] Saudi Arabia
Maqbarat Al-Baqi’ (مقبرة البقيع, Pemakaman Al-Baqi’) Jannatul Baqi‘ merupakan sebuah komplek pemakaman di kota Madinah, Arab Saudi, yang letaknya persis melewati Masjid Nabawi, area bagian tenggara dari masjid. Pemakaman ini juga dikenal sebagai Jannatul Baqi’ (جنة البقيع). Nama ini berarti “Taman Surga”. Nama lain yang dikenal adalah Baqi’ Al-Gharqad.
Masjid Nabawi merupakan masjid yang dibangun tepat di mana Nabi Muhammad biasa menjalani kehidupannya dan membangun masjidnya di mana saat ini beliau dimakamkan. Karena itu pemakaman ini memiliki banyak arti penting. Di tempat itu dimakamkan jasad para sahabat dan keluarga Nabi saw. Riwayat menyebutkan bahwa Nabi melakukan doa setiap kali beliau melewati pemakaman.
Pada masa pembangunan Masjid Nabawi, As’ad bin Zararah, salah seorang sahabat Nabi wafat. Nabi Muhammad memilih daerah sebagai pemakaman dan As’ad adalah orang pertama yang dimakamkan di pemakaman Al-Baqi’ dari kalangan Anshar. Riwayat lain menyebutkan sahabat pertama yang dimakamkan di Al-Baqi’ adalah Utsman bin Madhun wafat tahun 3 H.
Makam pada Masa Utsmaniah
Perluasan makam pertama dalam sejarah dilakukan oleh Muawiyah I, pemimpin Umayyah pertama. Dia membeli tanah tetangga yang luas di mana Utsman bin Affan dimakamkan sehingga berada di dalam pemakaman Al-Baqi. Umayyah membangun kubah pertama di Al-Baqi di atas kuburan Ustman bin Affan. Beberapa waktu kemudian dalam sejarah ada begitu banyak kubah dan bangunan yang dibangun di atas kuburan terkenal Al-Baqi’.
Penghancuran Makam
Sejak 1205 H hingga 1217 H kaum Wahabi mencoba menguasai Jazirah Arabia namun gagal. Akhirnya 1217 H mereka berhasil menguasai Thaif dengan menumpahkan darah Muslim yang tak bersalah. Mereka memasuki Mekah tahun 1218 H dan menghancurkan semua bangunan dan kubah suci, termasuk kubah yang menaungi sumur Zamzam. Tahun 1221, kaum Wahabi masuk kota Madinah dan menajiskan Al-Baqi dan semua masjid yang mereka lewati. Usaha menghancurkan makam Rasulullah berhenti karena protes masyarakat Muslim dunia.
Pada hari Rabu 8 Syawal 1345 H bertepatan dengan 21 April 1925, pemakaman Jannatul Baqi’ dihancurkan oleh Raja Abdul Aziz bin Saudi dari Arab Saudi. Pada tahun yang sama, ia juga menghancurkan makam manusia suci di Jannatul Mualla (Makkah) di mana ibunda Nabi Muhammad (Sayyidah Aminah as), istri Nabi, kakek dan leluhur Nabi dikuburkan. Kejadian ini menimbulkan protes dari masyarakat Muslim dunia.
Penghancuran situs suci di Hijaz oleh Saudi, yang diawali oleh Muhammad bin Abdul Wahhab berlanjut hingga sekarang. Keluarga Kerajaan Arab Saudi mempraktikkan bentuk Islam kaku yang disebut Wahhabisme, dan telah melakukan pemusnahan terhadap makam tersebut. Hasilnya, kitab dan peta yang ada di makam disita oleh penguasa. Meski demikian, makam orang-orang suci ini tetap dikunjungi oleh peziarah dan pemakaman juga berlanjut di pemakaman ini.
Banyak kaum Syiah yang melanjutkan untuk mengenang hari itu ketika Dinasti Saud menghancurkan pemakaman Al-Baqi’, semata-mata karena di sanalah dimakamkan keluarga Nabi Muhammad saw. Mereka menyebut hari itu (8 Syawal) sebagai Yaum Al-Gham (Hari Kesedihan). Kaum Syiah terus melakukan protes kepada pemerintah Saudi atas penghancuran ini.
Gambaran Pemakaman Jannatul Baqi’
Umar bin Jubair melukiskan Al-Baqi saat ia berkunjung ke Madinah berkata, “Al-Baqi’ terletak di Timur Madinah. Gerbang Al-Baqi’ akan menyambut Anda saat tiba di Al-Baqi’. Saat Anda masuk kuburan pertama yang Anda lihat di sebelah kiri adalah kuburan Shafiah, bibi Rasulullah. Agak jauh dari situ terletak pusara Malik bin Anas, salah seorang Imam Ahlus Sunnah dari Madinah. Di atas makamnya didirikan sebuah kubah kecil. Di depannya ada kubah putih tempat makam putra Rasulullah, Ibrahim.
Di sebelah kanannya adalah makam Abdurahman bin Umar putra Umar bin Khatab, dikenal sebagai Abu Syahma. Abu Syahma dihukum cambuk oleh ayahnya karena minum khamar. Hukuman cambuk untuk peminum khamar seharusnya tidak hingga mati. Namun Umar mencambuknya hingga ajal merenggutnya. Di hadapan kuburan Abu Syahma adalah makam Aqil bin Abi Thalib dan Abdulah bin Ja’far Ath-Thayyar. Di muka kuburan mereka terbaring pusara istri Rasul dan Abbas bin Abdul Mutalib.
Makam Imam Hasan bin Ali, terletak di sisi kanan dari gerbang Al-Baqi’. Makam ini dilindungi kubah tinggi. Di sebelah atas nisan Imam Hasan adalah makam Abbas bin Abdul Muthalib. Kedua makam diselimuti kubah tinggi. Dindingnya dilapisi bingkai kuning bertahtakan bintang indah. Bentuk serupa juga menghias makam Ibrahim putra Rasulullah. Di belakang makam Abbas berdiri rumah yang biasa digunakan Fatimah binti Rasulullah as. Biasa disebut “Bait al-Ahzân” (Rumah Duka Cita). Di tempat ini putri Rasulullah biasa berkabung mengenang kepergian ayahnya tercinta Rasulullah saw. Di ujung penghabisan Al-Baqi’ berdiri kubah kecil tempat Utsman dimakamkan. Di dekatnya terbaring ibunda Ali bin Abi Thalib, Fatimah binti Asad.”
Satu setengah abad kemudian pengelana terkenal Ibnu Batutah mengunjungi Al-Baqi’ dan menemukan Al-Baqi’ tidaklah berbeda dengan yang dilukiskan Ibnu Jubair. Ia menambahkan, “Al-Baqi’ adalah kuburan sejumlah kaum Muhajirin dan Anshar dan sahabat nabi lainnya. Kebanyakan mereka tidaklah dikenal.” (Hakikat Wahabi)
Atas (Makam Abbas) - Kiri ke Kanan (Makam Imam Hasan, Ali Zainal Abidin, Muhammad Al-Baqir, Ja'far Ash-Shadiq)
Pribadi Penting di Jannatul Baqi’
Di antaranya adalah keluarga langsung Nabi Muhammad saw: Seluruh istri Nabi yang disebut Ummul Mukminin termasuk Aisyah, Hafshah, Zainab, dan lain-lain terkecuali Khadijah binti Khuwailid dan Maimunah binti Al-Harits. Makam Fatimah Az-Zahra, putri Nabi yang tidak diketahui posisinya, begitu juga dengan Ruqayah putri Nabi yang lain.
Kemudian Ibrahim, putra Nabi Muhammad dari Maryam Al-Qibthiah. Abbas bin Abdul Muthalib, paman Nabi saw. Bibi dari Nabi Muhammad seperti Shafiah dan Atikah. Begitu juga dengan bibi Nabi Muhammad yang lain, Fatimah binti Asad, yang juga ibu dari Ali bin Abi Thalib. Dari keluarga Ahlul Bait: Hasan bin Ali, cucu Nabi, putri Fatimah dan Ali (Imam Kedua Ahlul Bait), Ali Zainal Abidin (Imam Keempat), Muhammad Al-Baqir (Imam Kelima), Ja’far Ash-Shadiq (Imam Keenam).




Petang tu gi berbuka puasa dekat masjid, kaedah bebuka kat sini ramai org yang sedekah makan untuk orang berbuka ..dia akan bentang plastik putih ikut saf, setiap saf tu org lain yang sedekah makanan dari dlm masjid smpi keluar masjid. dioang akan berebut nak ambik org untuk masuk kat tempat dia sediakan makanan tu. Biasanya makanan yang wajib ada kurma, roti, yougart dan kopi arab. tapi certain saf ade makanan tambahan mcm nasi ke air tin ke ikut org yang derma tu...


Abis berbuka sebelum sembahyang diorag akan lipat plastic sekali ngan smpah masuk bekas smpah mana roti yang tak habis ..mcm klu korang makan separuh dia kutip balik.lepas solat dia bentang balik plastik baru smbung makan. Bagi aku selera arab la, kopi arab tu aku tak leh telan sbb rasa rempah sgt. Untuk jemmah umrah lepas solat maghrib dia sediakan nasi kat hotel.



19 Jun 2015
Asalnya sepatut gi mekah harini tapi diorg ubah ke sabtu, so harini hari jumaat dapat solat kat masjid nabawi, kutbah yang disampaikan dalam bahasa arab tapi kita boleh dengar dalam bahasa melayu dan bahasa lain dengan bukak radio kat hp dan setkan frenkuansi yg diberikan...



Saturday, September 5, 2015

12.58PM AHAD...RUNGSING NGAN KEJE

banyak keje nak buat smpi rase beban kat kepala



tapi sebenarnya aku yg tak pandai atur masa kot..............nak rase ok sikit, try col ibu mesti dia cakap, takpe buat slow2....




tapi klu dengar lagu ni tenang sikit..Cahaya Hati: