Followers

Thursday, October 29, 2015

Kepada pemilik nama bermaksud cantik@kecantikan;)



Wahai Saudari,

          Walaupun kita berjumpa dalam tempoh yang singkat, diri ini telah jatuh hati kepada keperibadian, perwatakan dan cara saudari. sehinggakan diri ini tidak sanggup melepaskan peluang untuk mengenali saudari dan menjadi kawan baik saudari. Kerana diriini sukar untuk bertemu sesorang yang diriini rasakan ingin menjadi teman istimewa. Sekiranya ada jodoh antara kita. Diri ini memohon Allah S.W.T mempertemukan kita,mempermudahkan jodoh kita dan membuka pintu hati saudari untuk menerima diri ini supaya kita  dapat berkasih sayang kerana Allah S.W.T, melahirkan zuriat untuk agama Allah S.W.T dan menjadi peneman hidup ini. Ini doaku dalam solat ku, hajat ku dan istikarahku sejak 10 ramadan yang terakhir sehingga ke harini.Harap dapat mengenali saudari sebagai teman baik kenal antara satu sama lain dan serahkan soal jodoh kepada kententuan Allah S.W.T. Namun sekiranya diakhir persahabatan kita tiada jodoh antara kita, walaupun diri ini berat untuk melepaskan saudari, namun diri ini kena percaya ketentuan Allah S.W.T ke  atas kita. Ada perancangan yang terbaik bagi kita berdua. Sekiranya juga tiada jodoh untuk kita bersama, sanjung diri ini sebagai seorang sahabatmu yang terutama seperti sahabat2 mu yang saudari sanjungi dan jangan anggap kehadiran diri ini sebagai beban dalam kehidupan saudari. Kalau diberi pilihan dapat mengeluarkan perasaan jatuh hati dalam diri ini kepada saudari, akan ku pilih supaya kita dpt berkawan selama-lamanya.. namun apa kuasa diri ini menolak nikmat Allah S.W.T untuk mencintai dan dicintai.

Dalam raut wajah saudari ada ketenangan dihati ini, dalam gaya penulisan dan cara saudari dapat membimbing hati ini..dalam diri saudari ada rasa tarikan untuk sama2 memperbaiki diri menuju ilahi. Terima Kasih kerana  pertemuan dengan saudari membuat diri ini berusaha menjadi seseorang yang lebih baik sebagai seorang hamba Allah S.W.T.

kau yang ku ingati dari kejauhan cik H






Thursday, October 22, 2015

Active travel plan...

Aku ade satu tic yang aku dah book gi Jepun


             Turun Tokyo..............Balik nanti ikut Osaka (26Feb-3Mac 2016), Tapi aku tak tahu lagi jadi gi ke tak. Aku teringin nak masuk USJ je sbb ader harry potter huhuhu. Klu tak jadi ni travel trip yang ke 2 ke jepun yang aku kansel..Klu ade org nak derma expanses  silakan huhuh


Wishlist 2015 dan tahun seterusnya2.....

Wishlist aku untuk hari dan tahun yang mendatang


1)Nak beli satu rumah (aku kiv nak beli kete mahal 2 sbb aku target nak beli umah, tapi mybe ambik satu myvi ke axia ke as second car or untuk future wife pakai huhuhu aku pakai la kete aku yang ade tu dulu)

2)Ingat nak khwin tahun depan tapi takde  calon lagi so mybe drag tahun yg depan2..H

3) 2017 aku plan ngan family nak gi umrah satu keluarga tapi pergi sendiri bukan ngan pakej so target 7 org semua adik beradik sekali ngan mak ayah aku. So yang keje akan support adik aku yg masih belaja lagi. Memang best semua dpt pegi sekali.
4) Teringin nak travel sepanjang masa tapi cuti ngan wang limited

     a) Mybe aku ke india 2017 adik grad 
     b) Teringin nak buat europe trip but mybe pecah dua uk n europe asing 2 pegi
     c) Teringin nak gi salvabard n tengak aurora
     d) Explore negara2 Balkan
     

mybe leh capai sebelum usia 40 kot, skrg aku raser rugi klu kita ke tempat lain tak singgah mekah madinah...impian aku klu ke negara lain.. aku cita-cita nak jadikan jeddah transit dpt duk semalam di Mekah (Buat Umrah sekali) semalam di madinah pun cukup  tapi cost tinggi sikit...

5)Aku nak focus ngan keje so aku berjaya masa depan aku
6) Aku target nak gi haji ngan mak ayah aku klu dpt dlm 3-4 tahun lagi insyallah.
7) Hafal Al Quran dan maksud dia (susah ni tapi insyallah nak try)
8) Berhijrah menjadi yang terbaik dari tahun ke tahun...allhamdulilah aku bukan baik sgt tapi lepas balik umrah haritu aku cuba tambah ape yang baik untuk perbaiki diri...amin
7) Umur ayahibu aku panjang dah diberi kesihatan so aku dpt kogsi sikit ape yang aku ada dan aku harap diorang dapat jumpa cucu mereka huhhuhuuhuh(amin)





Senarai wishlist 2-3 tahun lepas so


Yang aku dah capai:
1) aku dah beli jam yang aku nak tu tapi baru pakai berapa bulan hilang masa dlm toilet mall tertinggal...
2)aku dah gi umrah

So klu tgk wishlist yang tu mcm tak berbapa nak logickan..SO wishlist baru kat ats ni la;)


Wishlist Updated

1)Europe Trip (Swiss more n stay smlm kat hallstatt)
   Lagi bagus klu dpt start kat turkey -gi greece-bosnia-austria-swiss-germany-netherland-belgium-france-spain-portugal-france-uk pergh terbaik la....Duit pun terbaik
2)Turkey -istanbul
3)daki gunung kinabalu
4)Nak jam Fossil neh(tapi nak warna Bronze)

    FOSSIL ME1121 Men's Analogue Twist Aesthetics Leather Strap


 

    hahahahahha
    Credit Gmbr



   5) Teringin nak sembahyang kat Masjid Al Aqsa
   6)Stay kat South korea dari start autumn smpi start winter pergh layan....
  7)Beli kete Lamborghini(pergh neh mmg beragan nak mampus)
(Credit Picture)Pergh Dpt neh Tapi klu tak dpt nak yg bwh neh
(Picture Credit) Ko dpt neh pun care gak klu tak nak bwh neh
(Picture Credit) dpt kete Hyundai Sonata pun care gak....tapi aku suka depan elantra  belakang sonata boleh custom made tak? hahah klu tak leh gak bwh ne jer la mampu>>>
(Picture Credit)Red Chery kereta sorong hahahhahaa
      
  8)Motor Kawasaki er6n Bumblebee pergh....
  9)Rumah besar gabungan kayu n batu....
10)Buat Umrah Jun tahun depan n buat haji....
11)New Zealand 
12)Mostar Old Town Bosnia
13)Pandai main guitar ..i tried once maser dulu tak pandai sgt ..so angan 2 nanti khwin leh cover ngan  
     bakal isteri main sama ...guitar n piano mybe mcm yongseo bwh neh haha

14)Everest Base Camp
15)Mont St Michel mcm Minas Tirith dlm Lord Of The Ring cantik klu dpt gi sini tangkap gmbr dari jauh
16) Isteri lawa macm Jessica SNSD hahahahahahahahahahhahahahhahahahhahahahahhahahahahahahaa


susunan tidak mengikut piority so klu no 16 jadi no satu piority pun best gak hahaha

Pengkongsian Dari FB

Salsabiila Sofian
Bismillahirrahmanirraheem.
Dengan nama Allah, Pemilik Cinta Teragung.
Post ini ditujukan tanpa prejudis kepada semua kenalan yang sedang diuji hati dan perasaan dalam hal jodoh.
Kepada kenalan yang masih ragu-ragu dengan berjuta soal hati dan cinta yang menyerabutkan.
Kepada yang membaca semoga bermanfaat dalam usaha bersama untuk membina Baitul Muslim yang diredhai Ilahi.
Andai ada yang terkhilaf dan tersalah, jutaan kemaafan dipinta. Nukilan ini adalah setulusnya apa yang diperoleh dalam menelusuri perjalanan yang segalanya telah ditakdirkan Allah dengan sebaik-baik takdir.
Jodoh. Cinta. Hati. Perasaan. Kembalilah kepada Si Dia, Tuan Punya Segala Cinta.
Serahkan hati dan jiwa kepada Dia.
Mintalah dengan sesungguhnya dari Dia.
Berharaplah dengan tersangat harap padaNya.
Rayulah dengan serendah hati menadah rahmatNya.
Sungguh, perancangan Allah itu sungguh indah.
Love story yang Allah aturkan sangat unpredictable.
Plot cerita yang tak dapat dijangka.
Yang tak tahu bila segala babak bermula.
Seandainya telah ditakdirkan di Lauh Mahfuz,
Seandainya telah tertulis,
Seandainya telah tersurat.
Jika namanya JODOH,
Dibiar tak pergi,
Ditinggal tak lari,
Bila masanya tiba nanti,
Suratan takdir Ilahi tersusun indah sekali.
Last year, 19/10/2014, we met for the first time.
So, hari ni, dah setahun.
19/10/2014, adalah hari pulang jubah konvo. Lepas puas melompat, terbang, baring dan tidur dengan jubah konvo. Dah sampai masa untuk pulangkan jubah tersebut.
Razin Hanif teman sepupu dia (sepupu dia adalah kawan kelas saya) untuk pulang jubah.
So, we met.
Just like that.
Tiada rusuk bergegar.
Tiada mana2 organ bergetar.
Tiada.
Razin Hanif made his first move. Very straightforward person. Easy to understand. Just pre-Taaruf sort of whatsapp conversations this time.
Dalam sebulan lepas tu, Razin Hanif asked about personal things. Jawapan saya mudah,
"Kalau Mama & Abah suka, then I do."
Razin Hanif replied, "I am ready to meet your parents."
Masa ni macam-macam perasaan ada. Serius ke mamat ni? Dah la tak kenal mamat ni. Terus nak jumpa Mama & Abah. Betul ke ape yang aku wat ni? Macam-macam dalam otak masa ni. So, I paused for awhile. Put commas at all unanswered questions.
Time passed.
On my birthday, 7/12/2014, Razin Hanif asked again to meet my parents.
I refused at first.
Razin Hanif insisted.
At this point of time, I met my ustazs, I asked my ustazahs about this.
Antara ayat ustaz n ustazah:
"Tak ramai lelaki sekarang ni yang nak jumpa mak ayah terus. Kalau jumpa, tak salah bagi dia peluang."
"You know your heart Salsabil."
"Kalau dia solat, ada kerja, baik dengan ibu bapa, insyaAllah yang lain boleh baiki sama2."
"Jangan harapkan lelaki yang sempurna. Nikah untuk saling menyempurnakan."
Everytime lepas solat, in my last sujud, I prayed,
"Ya Allah,andai ini jalannya, andai ini yang terbaik, permudahkan, percepatkan. Ya Allah, jauhkan aku dari perkara yang sia-sia."
And, Allah eases and eases everything.
So, I told Mama & Abah ada orang nak jumpa. They welcomed him. 27/12/2014 Razin Hanif datang rumah and alhamdulillah Mama & Abah suka dia.
Then, I went to Razin Hanif's house. His Mak asked me,
"Tak nak kenal2 dulu ke?"
I answered,
"Takpe makcik, lepas kahwin nanti kenal2 lagi."
And, I think, that's enough.
Exam last paper hari Khamis 8/1/2015.
Hari Ahad 11/1/2015, family Razin Hanif datang rumah. Komfem tarikh. Sarung cincin.
13/2/2015, Nikah.
So, preparation kahwin dalam 30 hari.
Tiada wang hantaran.
Hanya 1 dinar untuk mahar saya.
See, semua berlaku dalam masa yang pada saya singkat.
Kalau Allah kata "KUN", Fayakun.
Tak ada kuasa yang boleh menghalang.
Kepada yang masih mencari, teruskan usaha dan berharaplah kepadaNya.
Jangan sibuk mencari bidadari atau bidadara, sibuklah untuk menjadi bidadari dan bidadara.
Pesanan manja kepada semua, kahwin dengan orang yang kita tak berapa kenal ni macam bukak hadiah taw. Everyday ada surprises. And yakinlah, Allah tak zalim. Allah akan bagi kita orang yang sesuai dengan kita.
Lepas usaha, serah kat Allah. Tawakkal.
Yang lepas biarkanlah.
Semua anak Adam adalah pendosa.
Dan sebaik2 pendosa adalah yang bertaubat.
Semua orang ada kisah hitam masing-masing.
Bila dia dah berhijrah, kenapa nak zalim dengan dia?
Kita semua ada wat silap.
Taubat.
Lupakan.
Move on.
Offer syurga dari Allah still on.
Jom jumpa kat syurga ramai-ramai.
Wallahu'alam.
Semoga Allah redha kita semua.

Thursday, October 15, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 9 (24 June 2015) Kuliah Fadilat Mekah, Solat Trawikh mlm terakhir

Sama mcm dekat Madinah, satu hari belah pagi dia akan buat kuliyah fadilat, bacaan yasin arwah...

Kuliyah ni dia ceriter pasal kelebihan Mekah dan sejarah2nya. Lepas tu zohor sembahyang dekat masjidil haram, lepas solat aku tunggu asar..semantara tunggu asar tu sempat buat tawaf sunat. lepas buat tawaf sunat tu aku tekat nak cium hajarul aswad. so try masuk alhamdulilah dapat, rasa satu kepuasan bila dapat kucup hajarul aswad. Sempat doa sikit masa kucup cuma nak kluar balik tu susah sikit. Aku rasa hampir semua aku nak buat dpt buat kat Mekah, Sembahyang kat hijir ismail, kucup hajarul aswad, dan doa betul 2 dekat depan Multazam. Alhamdulilah. Esk merupakan hari teakhir ada di mekah sebelm balik Malaysia.





























gambar malam terakhir kat Mekah, solat trawikh lepas aku  shoping jap kat mall ngan adik dan beli makan nasi arab makan kat dewan makan hotel malam tu....

Friday, October 9, 2015

Seorang Lelaki.........

Ayah









walaupun aku tak selalu share problem dengan ayah, walaupun tak selalu sembang selalu ngan ayah, but aku tahu ayah kerja keras untuk kami




Atuk..

aku membesar ngan atuk ngan opah belah ayah sbb belah mak aku tak pernah jumpa sbb dah meninggal. Arwah atuk belah ayah aku meninggal 2010.masa tu seminggu atuk sakit masa aku nak gi travel bagpacker kali pertama. Malam last aku nak balik tu mase aku call mak aku, arwah atuk hembus nafas terakhir. aku smpi LCCT time pagi tu ondaway balik kampung aku smpi atuk pun dah kebumi..masa atuk ade ape yang aku selalu ingat arwah cakap..jgan nakal nakal klu nakal nanti atuk ikat dekat pokok taugeh..tau la time budak budak mana tau pokok taugeh besar mana huhu. Bila time nak ujian ke preksa sek atuk selalu pesan suruh baca bismiallah dari awal pakai kasut smpi la jwab soalan. tu pesan atuk yg selalu aku ingat. Semoga atuk ditempatkan dikalangan orang yang soleh, atuk dah tinggalkan anak anak atuk yang baik2. Minta maaf atuk klu along takde masa atuk gi ngan atuk dikebumikan. Terima kasih atuk..


ni masa raya haritu, first aku tengak ayah aku menagis mungkin rindu kat atuk...dulu masa atuk meninggal ayah menagis jugak ibu bgtahu tapi time tu aku takde...ya allah panjangkan umur kedua ibubapa ku amin....

Sunday, October 4, 2015

Travel Log 7.0 Umrah 15-26 June 2015 Day 9 (23 Jun 2015) Ziarah Luar & Umrah Sunat

Harini program ziarah luar kota Makah...

            Semua kumpul pukul 7.30 pagi naik bas, pasal lokasi ziarah luar dah lupa sikit2. insyallah hopefully betul. Lokasi pertama yang mutawif bawak adalah Jabal Tsur





Maklumat berkaitan Jabal Tsur:
https://kisuta.wordpress.com/2013/01/09/jabal-tsur-tempat-bersembunyi-rasulullah-sebelum-bertolak-hijrah/

JEMAAH haji dari seluruh penjuru dunia, ketika berada di Kota Mekah, biasanya menyempatkan diri berziarah ke Jabal Tsur. Gunung ini merupakan tempat bersejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.
Jabal Tsur berjarak sekitar enam kilometer arah Selatan Masjidilharam. Gunung tertinggi di Kota Mekah ini memiliki 3 puncak yang bersambungan dan berdekatan, di puncaknya terdapat gua yang bernama Gua Tsur tempat Rasulullah dan sahabatnya Abu Bakar Ashiddiq bersembunyi dari kejaran kaum kafir Quraisy. Peristiwa ini terjadi pada tahun 622 M sewaktu Rasulullah akan hijrah menuju Kota Madinah.
Dengan pertolongan Allah SWT, orang kafir yang mengejar Rasulullah saat itu terkecoh ketika berada di depan gua. Mereka menemukan pintu gua di mana Rasulullah bersembunyi ditutupi sarang laba-laba dan burung merpati yang sedang bertelur. Mereka berkesimpulan, tak mungkin ada orang yang baru masuk ke dalam gua itu. Pengejaran dihentikan dan mereka pun kembali ke Mekah. Padahal Nabi dan Abu Bakar memang sedang berada dalam gua tersebut.
Bersembunyi selama tiga hari. Asma, anak Abu Bakar, adalah penolong yang secara diam-diam datang berulang kali mengantarkan makanan dan kebutuhan lainnya. Setelah merasa aman barulah Rasulullah meneruskan perjalan hijrah.
Tinggi Jabal Tsur mencapai 5.000 feet atau sekitar 1.400 meter di atas permukaan laut. Kondisi kemiringan gunungnya tidak terlalu curam, hanya sekitar 45 hingga 50 derajat. Jika ingin masuk ke dalam gua harus bertiarap dan setelah masuk hanya dapat duduk saja. Untuk mencapai gua Tsur ini memerlukan perjalanan mendaki selama kurang lebih 1,5 jam. Di sepanjang pendakian dapat ditemukan pendaki merupakan jemaah haji dari berbagai negara di antaranya Pakistan, Banglades, Philipinan, Cina, serta sejumlah negara lainya.
Berada di puncak Jabal Tsur, selain melihat Gua Tsur para penziarah pun dapat melihat Kota Mekah di mana kemegahan Masjidilharam tampak jelas memukau. Sementara itu para penziarah setelah berada di puncak Tsur, juga dapat beristirahat karena banyak pedagang yang menyediakan makanan, minuman, selain cendera mata. Di samping tersedia juga tempat shalat.
Di puncak Jabal Tsur masih banyak merpati yang hidup dan berkembang biak, yang selalu mendapatkan makanan dari penziarah, yang mendapatkan makanan burung dari pedagang di sekitar Gua Tsur










Lepas Jabal Thur, jemaah bergerak ke padang Arafah singgah sebentar di Jabal Rahmah, Jabal Rahmah tempat yang istimewa sbb merupakan tempat pertemuan adam dan hawa setelah terpisah. Ustaz bagitahu tempat ni mustajab doa berkaitan jodoh samaada pasangan sudah berkahwin atau seseorang yang belum berkhwin dan doa 2 lain. Ada tangga yang disediakan untuk naik smpi ke puncak. Bila kat puncak kita berdoa lah apa sahaja menghadap kibat boleh nampk jam Menara tu tanda kat mana Kabah. So aku ambik lah peluang berdoa, semua orang diciptakan berpasangankan..samaada laki atau ppuan..mungkin rezeki aku tak smpi lagi untuk jumpa orang yang jadi pasangan aku. last aku rapat ngan ppuan 2008 masa belaja lepas tu masing2 bawa haluan masing2..lepas tu aku tak rapat ngan mana 2 ppuan smpai skrg just kwn2 biasa je. skrg aku pun tak tahu ngan sapa nak berkasih sayang huhu..

            Doa yang biasa aku doa, supaya dipertemukan dengan seorang yang baik terima aku seadanya, supaya kami dpt berkasih sayang kerana Allah,  dpt mejadi peneman hidup aku dan dpt melahirkan zuriat untuk agamamu ya Allah S.W.T..amin

Walupun kadang2 rase sunyi tapi masih ada family dan Allah S.W.T








Sejarah Jabal Rahmah

Penciptaan Adam dan hawa menjadi sejarah nyata bagi kehidupan seluruh umat di dunia. Jejak-jejak keberadaan dua makhluk pertama di dunia ini dapat kita jumpai di beberapa tempat. Salah satunya di Jabal Rahmah.
Jabal Rahmah berada di bagian timur Padang Arafah di kota Mekkah Arab Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal berarti sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang.
Konon berdasarkan cerita ahli sejarah, Nabi Adam diturunkan di negeri India, sedangkan Siti Hawa diturunkan di Iraq Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah mereka dipertemukan di bukit ini.
Setelah pertemuan ini, Adam dan Hawa melanjutkan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunanya sampai sekarang.
Untuk menuju puncak tempat ini, kita akan menempuhnya sekitar 15 menit dari dasar bukit. Bukit batu ini berada pada ketinggian kurang lebih enam puluh lima meter yang puncaknya menjulang. Di bukit ini terdapat sebuah monumen yang terbuat dari beton persegi empat dengan lebar kurang lebih 1, 8 meter dan tingginya 8 meter. Menuju puncak bukit ini pemerintah setempat telah membangun infrastruktur yang memadai sehingga memudahkan bagi pengunjung untuk menikmatinya. Infrastruktur ini berupa jalanan berbentuk tangga dengan 168 undakan menuju puncak tugu.
Dari bukit ini kita bisa menyaksikan hamparan padang Arafah yang setiap tahunnya dipadati oleh jamaah dari seluruh penjuru dunia ketika musim haji tiba. Juga dapat menyaksikan matahari yang terbit atau juga sinar jingga yang mengiringi saat menjelang terbenamnya matahari.
Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala melakukan wukuf. Wahyu tersebut termuat dalam QS Al-Maidah (5) : 3, “Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu. …..
Turunnya ayat ini membuat para sahabat bersedih, sebab mereka merasa akan kehilangan Rasulullah dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah dipanggil menghadap oleh Allah SWT.



Selepas di Jabal Rahmah ...bas membawa jemaah melalui padang Arafah(Jabal Rahmah Terletak di Arafah) Muzdalifah..Mina dan Jamarat tempat melontar..lalu khemah jemaah haji

Sejarah Arafah:

Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umatIslam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah beerti "Gunung Rahmat". Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia.

Sejarah Muzdalifah:
Muzdalifah (Bahasa Arabمزدلفة‎) adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram (Masyair Haram). Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah adalah diminta untuk berada di Muzdalifah sekurang-kurangnya dari waktu terbit fajar hari Nahr, tanggal 10 Zulhijjah (menurut ulama Syafi`iah (Syafie) dan Hanabilah boleh dari setengah akhir malam pada hari Nahr) sampai waktu terbit matahari hari Nahr.

Sejarah Mina:
Mina adalah sebuah lembah di padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer sebelah Timur kota MekkahArab Saudi. Ia terletak di antara Mekkah dan Muzdalifah. Mina mendapat julukan kota tenda, karena berisi tenda-tenda untuk jutaan jamaah haji seluruh dunia. Tenda-tenda itu tetap berdiri meski musim haji tidak berlangsung. Mina paling dikenal sebagai tempat dilaksanakannya kegiatan lempar jumrah dalam ibadah haji
Mina didatangi oleh jamaah haji pada tanggal 8 Dzulhijah atau sehari sebelum wukuf di Arafah. Jamaah haji tinggal di sini sehari semalam sehingga dapat melakukan shalat Dzuhur, Ashar, Maghrib, Isya dan Subuh. Kemudian setelah sholat Subuh tanggal 9 Dzulhijah, jamaah haji berangkat ke Arafah.
Jamaah haji datang lagi ke Mina setelah selesai melaksanakan wukuf di Arafah. Jamaah haji ke Mina lagi karena para jamaah haji akan melempar jumrah. Tempat atau lokasi melempar jumrah ada 3 yaitu Jumrah Aqabah, Jumrah Wusta dan Jumrah Ula. Di Mina jamaah haji wajib melaksanakan mabit (bermalam) yaitu malam tanggal 11,12 Dzulhijah bagi jamaah haji yang melaksanakan Nafar Awal atau malam tanggal 11,12,13 dzulhijah bagi jamaah yang melaksanakan Nafar Tsani.
Mina juga merupakan tempat atau lokasi penyembelihan binatang kurban. Di Mina ada mesjid Khaif, merupakan masjid dimana Nabi Muhammad SAW melakukan shalat dan khutbah ketika berada di Mina saat melaksanakan ibadah haji.












Lepas tu bas bawa jemaah ke Masjid Jaranah tukar pakai kain irham..dan  untuk miqat dan mcm biase sampai ke masjid tunaikan solat sunat irham. Naik bas balik niat irham bersama dengan mutawif, bas bergerak kebali ke Mekah.... dalam perjalanan pulang ke Mekah bas melalui Jabal Nur Gua Hira. Ustaz ckp kalau nak daki kene buat malam.

Sejarah Hira:
Gua Hira (Bahasa Arabغار حراء‎, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 2 bt (3.2 km) dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 ka (3.7 m) panjang dan 5 ka 3 in (1.60 m) lebar.[1] Tinggi gua itu ialah 270 m (890 ka) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga.[2] Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.
Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril.[1] Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar



Smpi  balik ke Mekah, singgah hotel kali ni ustaz tak bimbing buat umrah. kita buat masing2, aku start umrah pukul 10.30 smpi kul 11.30 aku abis duk kat Masjidil Haram tunggu zohor ...Alhamdulilah selesai umrah sunat ke3. Lepas tu balik hostel rehat...


Klu ikut adik aku banyak tempat untuk ziarah luar yang dia tak bawak mcm ladang unta (Sbb Mers kot) dan Muzium berbanding yang dia gi ngan mak ayah aku 2013