Followers

Saturday, October 22, 2016

2Day2Night ConvoTrip KUALALUMPUR-PERAK

Short trip untuk Konvo adik aku


17 Oktober 2016

           Lepas kerja naik flight Malindo dari sebuah negeri ke subang. Mak Ayah aku pick up dekat airport Subang terus gi hotel dekat area Masjid Jamek Jalan TAR. Hotel 1915 adik aku yang tempah.  Biasenye Duk kat SS2 je. Tapi adik aku yang tempah ikut je la. Review lobi dia mmg cantik tapi bilik biase biase je... lagi satu sbb kedudukan dekat jalan TAR faham2 je la susah nak cari tempat parking even MLM..klu aku bawak kete ke KL mmg aku tak duk la hotel ni sbb susah nak parking tapi klu tak bawak kereta hotel ni ok sbb dekat ngan LRT Masjid Jamek.





18 Oktober 2016





Pagi dalam kul 4.30 aku kluar sbb teringin nak solat subuh kat satu masjid ni.........then balik balik Jam la orang nak gi keje. Nak Parking dekat area hotel tu punya susah. lepas tu masuk je parking berbayar RM6.00/hour.





Pukul 10 gerak gi UM

Adik aku Sesi Petang, mcm biase la Konvo.. cuma UM ni agak crowded sikit. Abis adik aku convo kul 6 jugak dia kluar Dewan. Lepas tu hantar mak cik aku kat umah mak cik aku lagi satu kat klang. Mcm Biase jem kat Federal........



Mak aku buat sendiri bunga konvo dari cokelat sbb adik aku nak cokelat













9.30 mlm gerak dari Klang sampai rumah kat Perak Kul 1.00 pagi,Pewai gua huhu sbb drive sorg 2 start bagun haritu 4.00pagi, saje malas aku nak bagi ayh aku drive sbb dia nak sekolah esoknya n aku lebih selesa aku drive..........


19Oktober2016

Bangun pagi hantar jap mak aku gi sekolah sbb nk kluar makan kat tempt aku selalu makan dekat hometown...








Malam kul 8.00mlm naik bus balik ke tempat kerja smpi 4.45 pagi (20Okt2016) Kul 6.30pagi masuk keje...........



tak puas balik umah tapi nak buat macam mana banyak keje lak nak buat.....



P/S: Tak bagi lagi hadiah kat adik aku ...nak bagi ape yek yang bermakna untuk orang lepas grad??










Sunday, October 16, 2016

#Short Break Tomorrow...



Esok mlm nak gi KL sbb lusa adik aku konvo dekat Uni Malaya. So dpt rehat sikit dari keje, so target dapat gi lepak jap KL. harap dpt la jln 2 mall sekejap, gi try makan 2 yang best target nak gi Hangbing macam best je. Selalu target naik naik bukit tabur bila sampi KL tapi tak sempat sbb aku tak sure sgt jln dia..sbb tak pernah naik org cakap bahaya sikit trek (latest smlm ke diorg tutup trek tabur sbb banyak sgt kes)...dulu masa duk KL dulu selalu layan bukit saga dekat ampang n broga .masa tu tabur tak popular lagi....


1)Hangbing......sapa nak belanja????



Because i love makan ice shaved ...ABC..lychee kang ...........


2) Roti John Cheese Sekilo (lama dah teringin nak makan tak sempat nak gi je)



3)Gidanco Takoyaki (Midvalley)

tak pernah try lagi tapi mcm sedap jer



4) ke ade suggestion makan yang best???



Huhu..petang lusa nak balik ngan parent.mlm rabu naik bus balik ..khamis keje balik so let release some stresss...............




Btway  i am hooked to this song ..


Sunday, October 9, 2016

#Release stress by K DRAMA "Scarlet Heart Ryeo"



  Work environment untuk aku mmg betul2 pressure....so biasenya aku layan movie or citer yang best 2 yang fun mcm Running man ke by release stress sikit.

          Aku bukan minat semua series or drama korea tapi bila ade yang best layan jer. tapi citer ni mmg best la jalan citer dia .....Scarlet Heart Ryeo tak sabar nak tunggu next episode.......


citer pasal Pasal Zaman Beraja Di Korea, perebutan tahta dan sebagainya...mcm realiti hidup la waktu kecik adik beradik  elok je hidup bersama bila dah besar semua berebut harta dan nama...........





OST dia pun best......








Btway Esok 09muharam dan lusa 10muharam Hari Asyura disunatkan puasa insyallah .........

Friday, October 7, 2016

#Sushi

Aku ade takla suka sushi sgt pun sbb 1 st time makan dulu kat hotel mana tah. Tak leh nak masuk so aku tak heran sgt smpi tahun lepas kawan ajak try sushi king ....mmg aku tak pernah masuk makan sushi kat mana2 but since dah try sushi kat sushi king rase not bad la sedap gak ...sampi skrg ketagih gak la nak makan sushi.klu balik kampung mesti paling kurang sekali makan .......tapi aku mesti makan ngan sweet soy sauce .......

         rasa nak makan sekarang tapi takde geng la nak ajak kat sini...........



Sushi ni the best Smoked Duck Sushi dekat Sake Sushi

#Trans Siberian




Teringan sangat nak try travel Trans Siberian..bila dapat nak merasa sbb nak ambik masa yang lama kene cuti ... bila la dpt peluangkan...








Good to read about....


Below........

http://www.thevocket.com/tudung-jawapan-depan-kaabah/

Wednesday, September 28, 2016

#OFFICIALLY 29 YEARS OLD

 

Yeah officially 29 tahun dah.....semalam 27SEP2016 so boleh  teka la tahun berapa aku lahir. Macam biasa la birthday bukan anak raja atau selebriti. Hari birthday mcm biasa lagipun kerja n demam sikit haha ucapan dari family n friend. A little bit token from mom n dad as usual ..masuk beberapa hari sebelum birthday dah selamat habis dah.


     cuma aku akui ape yang adik akui wish kat aku part kehilangan adik tu sbb aku ade bgtahu kat mak aku pasal ni huhuh......




btway life goes on....

HAPPY BIRTHDAY NASRUL...MAY THIS  COMING YEARS BRING MORE JOY AND HAPPINESS BIIZNILLAH AMIN



p/s: Takde ape topic nak blog huhuhu...rugi tak sempat nak claim bebrapa birthday month reward dekat TGV, Starbucks and other 



     

Sunday, September 25, 2016

#RINDU

Rindu suasana..rindu bau haruman Kota Suci Mekah...

Harap dapat kembali ke sana dalam masa terdekat................................................




Friday, September 2, 2016

#WISHLIST FOR THIS COMING BIRTHDAY MONTH



Tetarik lama dah ngan Jam SUUNTO ni.....


                              ALL NEW SUUNTO SPARTAN ULTRA ALL BLACK TITANIUM





MOHD NASRUL ASYRAF ..Facts 10 Relationship

1st n last i might blog about this..............


               Aku seorang pendiam agak permalu. So aku bukan peramah sbb bukan aku sombong mmg aku punya sifat mmg mcm tu. Aku tak suka pun sifat ni. Aku jenis yang susah nak mulakan perbualan melainkan orang lain yang mulakan dulu. So aku mmg ambik abik masa yang lama nak rapat ngan seseorang tak kira laki atau perempuan. Tapi kalau dah kenal aku rasa semua orang boleh baik ngan aku sbb aku jenis tak kesah. kalau tak puas hati tentang sesuatu aku lebih suka berdiam diri. So aku mmg tak ada kwn yang betul2 rapat2  baik laki atau prempuan. Tapi aku ada ramai kawan yang baik ngan aku. Sepanjang aku hidup aku tak pernah ada masalah ngan sesiapa ..gaduh or atau apa2.


         So about relationship more specific on the opposite gender, yup aku kawan ngan ramai orang tapi kawan biasa-biasa. Aku mula betul-betul rapat ngan perempuan masa belaja di USM. Kitaorang rapat sebagai kawan. Aku selesa ngan dia. tapi lepas habis belaja masing2 bawak haluan masing2 dan aku lost contact ngan dia sbb HP aku hilang msa kerja kat KL. Tapi aku still ade FB dia. A few years later, dia mesej dekat FB tanya klu aku tak nak kwn dia lagi?aku jwb aku still kwn dia tapi tak leh nak kwn mcm dulu ...Sekarang dia pun dah khwin n ade anak yang comel dan nak dapat anak yang ke2..so i am happy for her

      So after abis belaja tahun 2009 aku takde la nak rapat ngan sapa2 pun sbb tengah nak stabilkan diri. So aku pun tak tahu nak rapat ngan sesiapa yang aku rasa aku suka..sampai la tahun lepas 2015 aku ade terjumpa seseorang yang aku rasa nak suka tak sengaja pun nak suka. So berdasarkan pengalaman mmg aku takde keyakinan nak cuba tanya. Tapi aku mintak adik aku tanyakan. So sempat la nak bertanyakan khabar. So sempat la kwan wlupun di whatapps. Sbelum ni jumpa tak pernah berdepan. Sampai dalam bulan 2 tahun ni dia bgtahu adik aku "kalau akak untuk dia(Aku), Allah akan gerakkan hati dia".Sbb tu aku berani melamar dia jadi isteri. 1st time aku melamar ppuan dalam hidup aku. So mmg dia tidak kata ya @ tidak ...few weeks after that dia bgtahu dia dah bgtahu hasrat aku dekat mak dia, i feel sebelah kaki hasrat n niat aku dah dimakbulkan Allah..tapi few weeks aftar that masa aku bgtahu nak datang jumpa family dia untuk kenal, dia bagtahu dia tak nak sbb dia tak dapat keyakinan nak terima aku....


Aku akui aku sedih, tapi aku tak salahkan dia, sbb aku yang datang dalam hidup dia, kalau aku boleh pilih dia, sbb ape yang dia tak boleh pilih hidup dia dan pilih apa yan dia suka...Aku salahkan diri aku yang terlalu mengharap dan terlalu focus terhadap sesuatu pekara.

Aku tau Allah balas semuanya..Allah tahu aku berubah jadi baik sebelum ini sbb perempuan, sbb aku nak doa aku jodoh dengan perempuan tu makbul. Aku balas semua sebab aku berubah bukan ikhlas sbb Allah S.W.T..Allah balas kecewanya semua pengharapan kepada manusia. Aku masih struggle nak balik ke landasan yang sepatutnya sbb lemah iman didada ni.


So sekarang aku cuba tak nak fikir halni. Sbb aku kembali tak tahu ngan sapa aku nak suka . Aku cuba merancang sebelum ini tapi Allah ada perancangan dia sendiri. So  Perancangan Allah S.W.T yang maha hebat.


Someone Send This To Me....








Friday, July 1, 2016

#akudahsusahkanseorangsahabatkeranaaku

Aku tahu aku dah susahkan seorang sahabat sbb aku. tapi harap dia dapat baca fikiran aku betapa ikhlas aku nak kawan ngan dia. bertapa aku sangat nak menjaga persahabatan yang cuba aku bina. tapi aku tak sempat nak tunjuk kesungguhan untuk menjadi sahabat baiknya sbb ruang itu tak sempat untuk aku penuhi.


27 RAMADHAN 1437, 12.00AM





Thursday, June 16, 2016

#IBU AYAH



              Ibu Ayah aku diorang Orang Perak So sekarang aku duk Perak wlaupun dulu aku lahir kat Pahang sbb dulu masa mula posting Cikgu diorang kene dekat Jerantut Pahang so aku n adik aku No 2 lahir kat Jerantut. KOI orang pahang.Tapi aku membesar sepenuhnya di Perak n aku suka Perak..adik aku 3-5 lahir di Perak (Sitiwan, Manjung)....Tahun ni umur mak ayah aku dah 54 Tahun diorang lahir tahun 1962 n diaorang dulu sama2 sekolah rendah dekat Lumut.

           Ayah aku dulu masa aku kecik klu drive kereta sorang je2 ...tapi sekarang dah tak kuat nak drive jauh2 sbb mengantuk, so bila diorang jalan jauh aku selalu risau je. Kalau ade masa klu diaorang travel jauh mostly dulu gi KL, Klang, Gemenceh, Melaka aku aku turun tolong drive sbb dulu adik aku belaja sana. Sama ade aku turn KL or dari Rumah Perak. Klu aku kat rumah pun pergi mana 2 aku suka drive so aku rase selamat n  tak susah ayah aku. Tapi yang ok sekarang semua adik beradik aku boleh drive so kdang2 adik2 boleh bantu drive. Setakat ni aku rase kuat nak drive up 7jam -10 jam straight cuma sebelum kene tido sejam dua ambik tenaga klu tak tido pun aku boleh drive. That aku boleh bantu sekarang.

       Mak aku lak skrg dia ni sakit kaki...tak tahu sakit sbb aper kaki bengkak tak leh berdiri lama, sakit lain mcm darah tinggi tapi terkawal la dan how macam mana aku nak kurangkan dia ambik gula sbb dia kuat minum makan manis. So dia nak pencen awal sekolah tak tahu la bila dpt. Tapi takpe sbb adik aku semua dah abis sekolah cuma tinggal yang last je baru nak masuk U. Ngan mak aku mmg aku akan jadi Driver dia la bila kat Umah...No way klu aku ade kat umah dia yang drive kereta n no way klu aku ade rumah dia kluar sorang gi pasar ke beli barang ke hantar adik aku ke...


         Just bukan nak tunjuk baik or belagak ke ape..sbb what i can do to help them dari segi tenaga aku akan bantu. Sbb ibu ayah yang orang tak pernah rasa beban kehadiran kita, tak pernah kata tidak, tempat nak luah masalah wlupun kadang 2 aku tahu diorang tak tahu nak bagi nasihat mcm mana. Dalam hati klu anak 2 dia cerita masalah mesti diorang kata boleh especially ibu lakan. Yelah anak seorang masalah ni seorang ni masalah ni.... For my pengalaman takde sapa akan support kita kecuali Ibu ayah wlupun ade orang akan tolong mcm sedara mara adik beradik tapi sikit sebanyak mereka terbeban ngan kita.


So aku harap Ibuayah aku dipanjang umur, diberi kesihatan yang berkekalan sbb diorang tempat aku bergantung sekarang, salah satu ketenangan dunia aku....ape yang aku boleh bantu ,akan aku bantu.Aku rasa untuk family aku semua cukup dah Allah S.W.T bagi rezeki tak lebih tak kurang, Alhamdulilah.Cuma Aku tak pasti pasal benda diorang teringin ke tak sbb mostly kwn mak aku dah ader cucu huhu....sbb aku pun tak tahu perancangan Allah S.W.T mcm mana untuk aku n aku keep berusaha. So aku mintak maaf aku tak leh bagi kegembiraan berkaitan ngan itu kepada makayah aku. Tapi takpe adik aku baru khwin so doakan2 la





Monday, June 13, 2016

#Tahi Lalat Kat Muka Manis huhu

Orang yang ade tahi lalat kat muka ni manis mcm ni....

Han Ga In






Latest ....



Terjebak la pulak ngan cerita ni #cinta11syarat....





Kampung mak gua tu Kuala Kangsar

Tuesday, May 31, 2016

#ahlan wa sahlan ya ramadan




       Isnin depan insyallah kita akan puasa....tahun lepas alhamdulilah berkesempatn berpuasa di madinah 2 hari dan mekkah 5 hari. Tak sangka pun dpt puase sana tahun lepas tapi sbb ade rezeki pergi umrah dan ade rezeki pergi masa bulan puasa, masa kat sana minum air zam zam yang sejuk lepas berbuka n trawikh nikmat dia Allah sahaja yg tahu  . Aku yang lemah iman ni akui masa bulan ni letih sikit. Tapi untuk aku bulan ramadhan mcm bulan yang penuh rahmat, klu musim ramadhan cuaca selalu tenang n redup, rasa ketenangan dia. So tak sabar nak tunggu ramadan tahun ni nak cuba perbaiki diri..perbetulkan niat ..tambah amalan yang boleh ditambah.. .insyallah hujung ramadan ini aku harap Allah bagi satu kekuatan..perlindungan ..rahmat ...rezeki ..makbulkan doa dan hajat  kepada aku dan semua org ..keluarga dan sahabat yang aku hormati n sayangi amin...........








Thursday, May 26, 2016

MOHD NASRUL ASYRAF ..facts 9 Nombor Dan Nama Orang Sukar untuk aku ingati




         Aku akui nombor bukan satu yang aku senang nak ingat, tu la aku prefer guna no telephone satu je sbb aku ambik masa yang lama nak hafal no telphone aku sendiri up to one year. Ade orang yg minat number semua dia hafal event account bank klu ade 10 pun dia boleh hafal. So pada asalnya aku kurang mahir ngan matematik sebenarnya. tu aku selalu ckap adik aku yang no 2 dah mewarisi semua gene berkaitan nombor dari parents aku sbb dia seorang yang power matematik...Dia lecturer matematik... aku ni pasal matematik mmg KO ... So I need to find someone yang good pasal nombor jadi partner aku kot huhu. Tapi nak banding ngan adik aku aku senanag nak ingat jalan ....klu sekali dah lalu insyallah mahir nak pergi sesuatu tempat berbanding ngan adik 2 aku yang susah nak ingat jln atau mmg perempuan susah nak ngat jln..


Lagi satu aku susah nak hafal nama orang klu jumpa sekali 1st time lepas tu tak jumpa dah mmg aku takkan ingat melainkan selalu jumpa...

So setiap orang ade kelebihan n kekurangan masing2.....


*nak citer pasal travel tapi dah lama tak travel.......................................................

Friday, May 20, 2016

Opick - Tiada Duka Yang Abadi | Official Video




Rindu sahabat yang kenal hampir setahun yang lalu...........

Al Humaira(si pipi kemerah-merahan)


Terdengar ustaz cerita pasal Panggilan Nabi Muhammad S.A.W kepada Siti Aisyah R.A

panggilan Nabi Muhammad kepada Aisyah: si pipi merah delima (si pipi kemerah-merahan). Panggilan ini hanya dimiliki oleh Aisyah dari Nabi. Nabi tidak memanggil orang lain dengan panggilan serupa. Ini menunjukkan kekhususan hubungan perasaan antara keduanya. 


Tertarik pasal benda ni....





Thursday, May 19, 2016

#Duit Mengalir Bagai Air



Aku boleh dikatakan bebelanja tak fikir ape2... mcm impulse buyer jugak mana 2 aku nak beli aku beli. so tak sempat nk simpan duit dah abis. tapi alhamdulilah la cukup duit tak pernah putus.... Tapi serious kene adjust balik kewangan nak kene simpan duit so tu fikir 2 aku kena gak beli sesuatu untuk buat asset daripada belanja 2 sesukahati habis mcm tu je. Sekarang nak cari duit nak bayar downpayment rumah 10%....Semoga Allah bantu selebihnya;)

Masjid Terapung Jeddah 25 June 2016 Bersamaan  8 Ramadhan 1436 H hampir setahun dah


Monday, May 16, 2016

Sunnah Rasulullah S.A.W

i try to improve my self


           Lepas umrah start simpan janggut  sunnah Rasulullah S.A.W. Simpan janggut jadi mcm matang sikit..huhu.

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:-

"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” 
(Ibnu Hibban)

Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" diberitakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah SAW. Tatkala melihatkan ini Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut."





Sunday, May 8, 2016

Sunyi Krik..Krik..Krik....

     Aku admire orang yang dapat duduk ngan family dari kecil sampai besar..sbb ngan familyla kita leh dpt salah satu ketenangan dalam kehidupan...time belaja tak rase sgt sbb duk ngan kwn 2 kan. Start abis belaja dalam tahun 2009 aku start on job training ngan sambung keje terus di KL dan kemudian di bangi..time tu aku duduk ngan makcik aku, kakak mak aku di Klang, ulang alik keje Klang Bangi almost 3 tahun walaupun jauh.dulu ulang alik naik motosikal je..sayu je bila time hujan terasa perit cari rezeki huhuh . Bukan tak nak cari umah sewa tapi aku tak suka duk sorg 2...aku tahu banyak susahkan depa sbb depa pun bukan family yang senang. Mcm family aku kedua dah...


Bila tukar keje baru pun duk jauh ngan family gak. klu la ade airport kat hometown aku lah balik tiap 2 minggu..ni nak kene drive tiap2 kali nak balik tu yang tak mampu huhu...ni lagi sunyi sbb dia bagi rumah sebuah untuk staff..aku je yang tak khwin lagi so duk sorg le..klu time ade pelatih leh ade kwn lepak sama2...bila mlm dia punya krik2...sahdu huhu.. tula lepas isyak kene layan internet..tgk tv ..dah la internet sini sekajp 3G skejap E huhu...nak consider pindah ke HQ company aku ni di KL so leh kembali menyerabutkan diri duk KL huhu


#08 MAY 2016 11.00PM

perasaan itu hadir kurniaan daripadanya;)

Wednesday, May 4, 2016

#Selesai Majlis Khwin Adik

Habis dah cuti seminggu adik aku khwin .....klu cuti ni sekejap je rasa


so start cuti 25 hbln 2016...

        mlm tu ambik flight gi KL smpai KLIA dlm pukul 10.30 gi kejar bus yang ada pukul 11.30 mlm pjm mata la naik ERL last aku naik duu 38 rgt skrg dah 55 rgt huhuh sedihhhh

Sampai KL adik aku pick up kat KL Sentral jumpa adik yang belaja India dekat 8 Bulan tak jumpa..Meet my parent tido hotel budget dekat SS2

Esk nya aku ngan family gi melaka ambik adik aku di Matrik Melaka Masjid Tanah dia abis belaja situ. Sementara tunggu dia abis exam gi Melaka Premium Outlet ...Bagi aku MPO takde ape la collection barang 2lama2...sama macam JPO,tak beli ape2 pun. Ingat nak gi Bandar Melaka cari asam pedas best...aku suka sgt asam pedas tetel tapi sbb nak kejar masa. drop kat medan selera Alor Gajah..ader la asam pedas situ tapi tak menarik n kebetulan ader satay makan situ la....Sedap satay daging dia...Lepas tu gi pengkalan balak jap sementara nak tunggu adik aku


Pick up adik aku dlm pukul 3.30ptg terus gerak balik Hometown ...Aku follow makayah aku sbb nak tolong drive since skrg ayah aku dah tak kuat drive mcm dulu asyik mengantuk...

So tak tau bila lagi nak ke Melaka sbb sebelum ni selalu gi Melaka sejak adik aku belaja MRSM Gemenceh n Matrik Meaka..


Sampi rumah dalam pukul 11mlm


Esknya Kemas rumah la nak kenduri huhu...


Hari khmis ramai sedara dah datang...Jumaat tu aku uruskan pasal rumah beli tu nak sign agreemnet pinjaman perumahan...

Hari jumaat mlm sabtu adik aku nikah dirumah ....dah lama aku tak follow org nikah ni. Kali ni dengar betul2 ambik pengalaman huhu........



Kenduri Hari Sabtu Di Dewan Manjung. Tak pasti sbb aper buat kat dewan..Tapi awal mak aku ckp nanti klu aku dia nak buat kat rumah pulak...tapi bila abis majlis kat dewan mak aku ckp aku pun buat kat dewan la sbb tak banyak nak kemas barang huhu semua org buatkan. cuma kemas barang kita je balik umah takde ape pun nak kemas


Alhamdulilah ramai org dtg n lauk abis sbb buat kat dewan kot org semangat nak dtg......

Bagi aku rase biase 2 je rasa sbb bukan aku yng khwin kan...

Yang Tragis :

Baju tema koko baju ayah aku n aku tak siap sbb cina tempat jahit tu kene bunuh dikelar. Baju ayah aku siap baju je so sehari sebelum kenduri cari baju susah nak cari baju yang ikut tema, beli sepasang baju melayu tu pun baju melayu johor .. ayah aku guna seluar tu sama baju tempah yang siap tu. klu perhati betul 2 baju ayah aku ngan sluar lain sikit. aku ambik baju tu pakai.



ape yang best:


Jumpa sedara mara la selalu jumpa masa raya, belah mak aku tido area rumah aku...belah ayah diorg tido rumah opah aku sbb umah opah aku dekat ngan rumah aku...aku rase opah mesti happy sbb semua anak dia balik klu tak dia jumpa aku je sbb tiap kali balik kmpg aku je gi umah dia sbb dekatkan. Opah selalu cckp dia rindu anak2 dia sejak arwah atuk meninggal dia duk sorg ngan anak dia.

Hangout ngan adik beradik. klu aku balik umah mmg tak duduk umah petang2 kluar pusing 2 makan 2huhu...

sedara mara bantu tolong banyak benda

Finally tak cukup cuti tak puas huhuhuhuhuhu.......................

Siblings....Makin Gelap Gua Sejak Tukar Keje Baru ni


Hadiah